Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Dua Negeri Hingga Khamis

Iqbal Yasir
Amaran Hujan Berterusan negeri
Gambar: Bernama

Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Dua Negeri Hingga Khamis

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) baru-baru ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di dua negeri hingga 30 Januari, Khamis ini.

Amaran berkenaan dikeluarkan untuk beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.

“Di Sarawak, beberapa kawasan diramal hujan berterusan hingga Khamis ini seperti Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

“Manakala amaran hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah seperti Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat hingga Rabu ini,” maklum METMalaysia dalam kenyataan tersebut.

Penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Membina Kemakmuran: Usahawan Tempatan Cipta Kejayaan Nasional

BACA: Ramai Salah Anggap Vape Boleh Hilangkan Ketagihan Merokok, Ini Yang Korang Kena Tahu Dulu

BACA: Dah Lama Wujud, Rupanya Ini Kesilapan Terbesar Mungkin Ramai Buat Bila Main Game Ular