Bergson ‘Pahat’ Bendera Malaysia Di Bio Instagram
Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva, mencuri perhatian ramai apabila meletakkan bendera Malaysia di bio akaun Instagram miliknya.
Selain bendera Malaysia, Bergson turut mengekalkan simbol bendera negara asalnya, Brazil, dalam profil tersebut.
Langkah ini menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.
Mana tidaknya, ia dilihat sebagai satu isyarat positif yang mungkin berkaitan dengan prospek pemain berusia 34 tahun itu untuk dinaturalisasi menyertai skuad Harimau Malaya.
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, sebelumnya turut memberi kenyataan berhubung perkara tersebut.
Baginda menjelaskan bahawa Bergson dan Manuel Hidalgo adalah antara pemain yang berpotensi dinaturalisasikan bagi memperkuat skuad kebangsaan.
“Disiplin adalah kuncinya, Insya-Allah boleh. Bergson boleh dinaturalisasikan untuk perancangan jangka pendek selepas cukup lima tahun beraksi di Malaysia.
“Hidalgo juga untuk perancangan jangka panjang bersama pemain lain. Semua pemain JDT juga sudah bersedia,” katanya.
Ucapan “Terima Kasih” Bergson
Dalam satu hantaran Instagram, Bergson turut menyampaikan penghargaan kepada semua yang memberikan ucapan sempena ulang tahun kelahirannya.
Selepas menyambut hari lahirnya semalam, beliau memuat naik gambar berserta kapsyen, “Terima kasih semua, masa benar-benar berlalu”.
https://www.instagram.com/p/DF2pt75y8eJ/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=loading&img_index=1
Bekas pemain Fortaleza ini memiliki rekod karier yang cemerlang dengan 189 gol serta 31 bantuan jaringan daripada 374 penampilan.
Dengan kelayakan Piala Asia 2027 yang semakin hampir, Bergson dijangka menjadi salah satu aset penting dalam barisan skuad Harimau Malaya.
BACA: ACLE: Dianggap Cipta Impak Besar, Ini Kata Arif Aiman Hanapi
BACA: Aliff Rakib Tumbangkan Lawan Dalam 70 Saat