Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Thailand, Pakistan Kahwin Wanita Kelantan Catat Peningkatan

Hannah
Wanita Thailand
Gambar: BERNAMA

Lelaki Thailand, Pakistan Kahwin Wanita Kelantan Catat Peningkatan

KOTA BHARU, 18 Feb (Bernama) — Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan mendedahkan jumlah wanita di negeri berkenaan yang berkahwin dengan lelaki warga asing dari Thailand dan Pakistan menunjukkan trend peningkatan sejak dua tahun lepas.

Pengarah JIM Kelantan Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata data itu diperoleh berdasarkan jumlah permohonan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang yang dibuat oleh warga asing dari kedua-dua negara berkenaan.

“Jumlah lelaki Thailand yang membuat permohonan itu meningkat pada tahun 2024 iaitu 78 orang berbanding 57 orang pada 2023 selepas berkahwin dengan wanita Kelantan.

“Lelaki Pakistan yang berkahwin dengan wanita Kelantan juga menunjukkan peningkatan iaitu 34 orang pada tahun 2024 berbanding 27 orang pada 2023,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Yusoff berkata antara faktor perkahwinan itu adalah diperkenalkan oleh rakan, saudara-mara serta perkenalan di laman media sosial seperti Facebook.

BACA: Marrybrown Luaskan Pasaran Ke Seluruh Negara Susulan Kemenangan Perak Di Anugerah Putra Aria Brand Awards 2024

BACA: Konsert Ulang Tahun Ke-30 Ella USA: Malam Legenda Rock di Resorts World Genting

BACA: Pelan Terperinci Diluluskan Bagi Membangunkan 110 Syarikat Semikonduktor Bernilai Tinggi Malaysia

Sumber: BERNAMA