“Bilionair” Imam Solat Jenazah, Pikul Keranda Pekerja Meninggal Dunia
Bilionair India yang juga Pengerusi Kumpulan Lulu, M.A. Yusuff Ali, menjadi perhatian ramai selepas video beliau memikul keranda salah seorang pekerjanya yang meninggal dunia menjadi tular di media sosial.
Difahamkan, Shihabuddin, yang berkhidmat sebagai penyelia di Lulu Hypermarket, Abu Dhabi Al Wahda Mall, telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada 7 Februari.
Dalam satu video yang dikongsi sendiri oleh Yusuff Ali di Instagram, beliau dilihat turut serta sebagai imam dalam solat jenazah dan memikul keranda Allahyarham bersama jemaah lain.
“Solat jenazah untuk Shihabuddin, Penyelia Lulu Hypermarket Abu Dhabi Al Wahda Mall, berasal dari Thirur Kanmanam, yang meninggal dunia akibat serangan jantung. Semoga Allah mengampuni dan merahmati beliau. Amin,” tulis beliau dalam hantaran tersebut.
“Beginilah seorang pemimpin sejati”
Video berkenaan meraih lebih 4 juta tontonan dan ribuan komen yang memuji peribadi Yusuff Ali.
Ramai yang menganggap beliau sebagai contoh majikan yang prihatin.
Ini kerana jarang sekali seorang pemimpin syarikat gergasi secara peribadi terlibat dalam penghormatan terakhir pekerjanya.
https://www.instagram.com/reel/DF3KVLGTI6M/?utm_source=ig_embed&ig_rid=6db8365f-b264-4bbb-a2a5-557edddcd4d0
Siapa M.A. Yusuff Ali?
Yusuff Ali merupakan seorang tokoh perniagaan terkemuka dan pengasas Lulu Group, sebuah konglomerat yang terkenal dengan rangkaian pasar raya besar di Timur Tengah dan Asia.
Menurut Forbes, nilai kekayaan beliau dianggarkan melebihi AS$8.9 bilion (sekitar RM39 bilion).
Untuk info, Yusuff Ali sebelumnya turut menjadi perhatian apabila menghadiahkan seorang peminat jam tangan mewah Rado bernilai Rs 200,000 (sekitar RM10 ribu).
Beliau juga dikenali sebagai seorang pemimpin yang dekat dengan masyarakat dan kerap berinteraksi secara mesra dengan pelanggan serta pekerjanya.
BACA: Wanita Hilang Lebih 3 Bulan Ditemui Maut Dibunuh
BACA: Hilang Sejak Januari 2024, Rangka Manusia Ditemui Dipercayai Milik Jurujual Kereta
BACA: Kanak-Kanak Dilapor Maut, Tangan Tersangkut Lubang Air Kolam Renang
Sumber: India Today, Economic Times