Siakap Keli
Hud Aryan
Kredit: Azean Nur Atikah Ramley via Facebook

Ibu Hud Aryan Menanti Kepulangan Anak

Ibu Hud Aryan Menanti Kepulangan Anak

Baru-baru ini, satu berita menyayat hati telah menggemparkan rakyat Malaysia.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tujuh bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, telah dilaporkan hilang di Tanah Merah, Kelantan.

Berita kehilangannya yang mula tersebar luas di media sosial telah mencetuskan kebimbangan ramai.

Sejak dilaporkan hilang, misi mencari dan menyelamat (SAR) giat dijalankan tanpa henti oleh pihak berkuasa, dibantu oleh keluarga dan penduduk setempat.

Rintihan hati seorang ibu

Di sebalik kegelisahan ramai, ibu kepada Hud Aryan terus berdoa dan berharap agar anak tunggalnya dapat kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Dalam satu hantaran di Facebook, wanita itu menzahirkan perasaannya yang merindui anak kecilnya itu.

“Ramai orang-orang baik ikhtiar cari Hud Aryan. Satu Malaysia doa untuk Hud Aryan mama ni. Cepat balik Hud. Mama abi tunggu Hud,” tulisnya.

Kata-kata ini menyentuh hati ramai netizen yang turut merasakan kesedihan seorang ibu yang kehilangan anaknya.

Mereka membanjiri ruangan komen dengan doa dan kata-kata semangat buat keluarga kecil ini.

Netizen bersatu dalam doa & harapan

Sejak berita kehilangan Hud Aryan menjadi tular, ribuan rakyat Malaysia bersama-sama mengirimkan doa agar kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan selamat.

“Semoga dipermudahkan urusan Kak Tikah. Semoga adik Hud dijumpai dalam keadaan selamat. Semoga Kak Tikah sekeluarga kuat. Moga Allah SWT lindungi adik Hud,”

“Ya Allah Hud anak soleh, baliklah. Kami semua pakat risau dekat Hud. Aunty sampai takde selera nak makan teringat dekat Hud, apatah lagi mama abi Hud. Baliklah Hud. Kesian dekat mama abi,”

“Sis dan suami pakat-pakat buat solat hajat, baca Yasin 7 Mubin, minta Allah tunjukkan jalan. Mudah-mudahan adik Hud cepat-cepat dijumpai,”

Ramai yang berharap agar ada perkembangan positif dalam usaha mencari Hud Aryan dan supaya dia dapat kembali ke pangkuan keluarganya dalam keadaan selamat.

Seluruh rakyat Malaysia terus berdoa agar Hud Aryan berada dalam perlindungan Allah SWT dan segera ditemui.

Sama-sama kita berdoa agar berita gembira mengenai kepulangan Hud Aryan dapat kita dengari dalam masa terdekat.

BACA: Seorang Kanak-kanak Lelaki Dikhuatiri Hilang Di Tanah Merah

BACA: Lebih 36 Jam Berlalu, Misi Pencarian Hud Aryan Diteruskan

BACA: “Bilionair” Imam Solat Jenazah, Pikul Keranda Pekerja Meninggal Dunia

Sumber: Azean Nur Atikah Ramley via Facebook

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.