Siakap Keli
"Cheetos" Berbentuk Pokémon
Kredit: Meredith Rizzo/NPR

Sekeping “Cheetos” Berbentuk Pokémon Dijual Hampir RM400 Ribu

Sekeping “Cheetos” Berbentuk Pokémon Dijual Hampir RM400 Ribu

Sekeping snek Flamin’ Hot Cheetos yang menyerupai watak ikonik Pokémon telah berjaya dijual dalam satu acara lelongan dengan harga yang mengejutkan, mencecah AS$88,000 (sekitar RM391,380).

Cheetos unik itu, yang digelar “Cheetozard”, memiliki bentuk menyerupai Charizard, watak naga berapi dalam siri permainan dan animasi Pokémon yang sangat popular.

Gambar: Screen Rant

Snek sepanjang tiga inci itu telah dibeli oleh seorang pembida misteri melalui laman lelongan Goldin minggu ini.

Menurut kenyataan daripada Goldin, “Cheetozard” pertama kali ditemui dan disimpan oleh syarikat koleksi 1st & Goal Collectibles antara tahun 2018 hingga 2022.

Kepopularannya melonjak di media sosial tahun lalu kerana bentuknya yang menyerupai watak fiksyen tersebut.

Pada November 2024, ia kemudian dibeli oleh laman memorabilia Arena Club dan dianggap sebagai “Charizard paling jarang ditemui di dunia”.

Snek ini dipamerkan bersama sekeping kad Pokémon khas dan disimpan dalam bekas lut sinar untuk mengelakkan ia rosak atau hancur akibat pendedahan kepada udara.

Gambar: Goldin Auctions
Gambar: Goldin Auctions

Bidaan untuk “Cheetozard” bermula pada AS$275 (sekitar RM1,223.06) pada 11 Februari. Bagaimanapun, nilainya melonjak sehingga mencapai AS$72,000 (sekitar RM320,220) pada Ahad.

Setelah ditambah dengan yuran pembeli, jumlah keseluruhan harga lelongan mencecah AS$87,840 (sekitar RM390,668.40).

Fenomena Cheetos berbentuk unik bukan sesuatu yang baru.

Pada tahun 2017, sekeping Cheetos biasa yang dikatakan menyerupai gorila terkenal, Harambe, juga pernah dijual hampir AS$100,000 (sekitar RM444,750) di laman eBay.

BACA: Ini Rupa Jeans “Vintage” Yang Dijual Lebih RM300 Ribu

BACA: Bacaan Merdu, “Imam Sudais” Malaysia Pimpin Solat Tarawih Curi Tumpuan

BACA: Pelajar USIM Terpilih Jadi Imam Tarawih Di Masjid New Zealand

Sumber: New York Post

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.