Ibu Wan Maimunah Kini Niaga “Ayam Golek Ferris Wheel”
Sekian lama, nama Ibu Wan Maimunah terpahat di hati rakyat Malaysia.
Lakonannya yang menyentuh hati menjadikan beliau antara pelakon yang paling diingati dalam industri seni tempatan.
Tidak hairanlah beliau digelar “Ratu Air Mata”, kerana keupayaannya menjiwai watak hingga membuat penonton terhanyut dalam emosi.
Namun, kini kehidupan beliau memasuki fasa baharu.
“Semoga murah rezeki selalu, ibu”
Baru-baru ini, tular di media sosial TikTok apabila seorang pengguna, @ceplos007, berkongsi tentang gerai jualan milik pelakon veteran ini.
Gerai “Ayam Golek Ferris Wheel”, yang terletak di hadapan kedai kopi buruk WAKAF Beruas, Terengganu, menjadi tumpuan ramai, terutama dalam bulan Ramadan ini.
Dalam video yang dikongsikan, kelihatan Ibu Wan Maimunah sibuk menguruskan jualannya sambil beramah mesra dengan pelanggan.
@ceplos007 Macam ibu kita sendiri dah..mana orang terengganu, meh supoort..semoga murah rezeki selalu ibu..🥰🥰🥰
Difahamkan, gerai milik Ibu Wan Maimunah beroperasi dari jam 3:30 petang hingga 6:30 petang.
“Makcik ni ada nangis-nangis tak masa menjual? Takut dari nak beli satu, terbeli tiga pula”
Perkongsian itu bukan sahaja menarik perhatian, malah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Ada yang berseloroh mengenai kehebatan beliau dalam menjiwai watak sehingga ‘terbawa-bawa’ ke ruangan komen.
Namun, majoriti komen dipenuhi dengan doa dan kata-kata semangat buat beliau.
“Semoga Ibu Wan Maimunah sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki,”
“Tengok beliau berniaga, teringat dekat arwah mak,”
“Baru pergi beli tadi, sangat peramah orangnya,”
Selain itu, ramai juga yang terkenang kembali watak-watak ikonik yang pernah dibawakan oleh beliau.
“Sedih kalau ingat kembali, Mak Wan diragut berkali-kali tapi orang sekeliling tak peduli,”
“Mak Cik ni haritu saya tengok dia bantu dua orang budak yang nak jumpa ayah dia dalam penjara. Baik sangat Mak Cik ni dengan dua budak tu. Kesian budak tu,”
“Hati-hati Mak Wan. Bang Shim memerhati je tu nak maragut, jangan leka,”
BACA: Pemuda Cuba Buat Resipi KA Tapi Lain Pula Jadinya
BACA: Telur Ayam Pun Ada “Status Sosial” Di Switzerland
BACA: Sonny Bill Williams Kongsi Momen Iftar Di Johor
Sumber: @ceplos007 via TikTok