Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kenali Jenis-Jenis Kurma Yang Terdapat Di Malaysia
Setiap kali berbuka puasa, makanan pertama yang diisi dalam mulut tentunya buah kurma bukan?
Sebagai umat Islam, tentunya ramai berlumba-lumba untuk meraih ganjaran pahala di bulan suci ini, apatah lagi berbuka dengan kurma merupakan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Jadi, tidak mengapa buah ini digemari oleh umat Islam untuk dimakan sama ada ketika berbuka mahupun bersahur.
Sehubungan itu, SK akan kongsikan maklumat tentang jenis-jenis buah kurma yang terdapat di Malaysia di bawah.

1. Kurma Deglet Noor (Ratu Kurma)
Setiap daripada tentunya mempunyai kurma kegemaran mengikut cita rasa tersendiri.
Kurma Deglet Noor dari Algeria ini mempunyai tekstur yang kering, lembut dan manis seperti madu serta lebih tahan lama berbanding kurma lain.
Jadi, tidak hairan kurma ini merupakan antara kurma paling popular di Malaysia.
Terkenal dengan nama Deglet Noor, kurma ini juga dikenali sebagai kurma tangkai disebabkan dipek bersama tangkainya.
Selain ditanam di Algeria, buah ini juga ditanam di negara lain seperti Arab Saudi, Tunisia & Iran.
2. Kurma Medjool (Raja Kurma)
Ramai tak tahu kurma Medjool yang berisi lembut, lembap, kenyal dan lebih manis sebenarnya berasal dari Palestin.
Istimewanya kurma ini, ia hanya boleh ditanam di tempat-tempat tertentu sahaja seperti Palestin dan Arab Saudi. Disebabkan itu, kurma ini dipanggil sebagai ‘Raja Kurma’
Dari segi saiz, kurma ini bersaiz lebih besar daripada kurma biasa, manakala teksturnya kulit adalah kering.
Walau bagaimanapun, harganya sedikit mahal berbanding kurma lain.
3. Kurma Mariami
Seterusnya, kurma yang terdapat di Malaysia adalah kurma Mariami.
Antara ciri kurma ini termasuk mempunyai saiz berukuran 3 hingga 5 sentimeter (cm) lebih panjang berbanding kurma lain. Dari rupa luaran, kurma Mariami berwarna coklat dan separuh kering.
Fakta menarik mengenai kurma ini adalah ia antara kurma termahal disebabkan penghasilan pengeluaran yang berkualiti tinggi.
4. Kurma Mabroom
Keunikan kurma tulen dari Arab Saudi yang satu ini merupakan jenis kurma yang lembut tetapi kering dan kurang manis.
Kurma ini dikelaskan sebagai antara kurma premium kerana kandungan antioksidan yang tinggi.
5. Kurma Ajwa
Berasal dari bumi Madinah, Arab Saudi, Kurma terkenal dengan warnanya yang hitam dan mempunyai tekstur yang lembut serta kering.
Bagaimanapun, kurma ini perlu disimpan ditempat yang tidak terlalu panas dan lembab.
6. Kurma Rotab/Muzafati
Selain Mariami, Iran juga menghasilkan kurma jenis Rotab atau Muzafati.
Kunikan kurma ini, ia mempunyai rasa sangat manis dan isinya yang lebih melekit. Disebabkan itu, kurma ini dipanggil kurma Bam atau kurma Madu.
7. Kurma Safawi
Sekiranya anda tidak dapat membeli kurma Ajwa, mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk membeli kurma Safawi kerana terdapat persamaan dari segi rasa.
Walaupun memiliki rasa yang sama, kurma dari Madinah ini berbeza dari segi tekstur, iaitu semi-kering, bersaiz panjang atau sederhana.
Kurma ini antara jenis yang paling banyak di pasaran kerana produktivitinya yang tinggi.

Sumber: Facebook Bernama