Siakap Keli
budi madani februari
Gambar: Bernama

BUDI MADANI Februari Disalur Mulai Esok

BUDI MADANI Februari Disalur Mulai Esok

Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bayaran bantuan tunai BUDI MADANI sebanyak RM200 sebulan (bulan Februari) akan disalurkan kepada penerima yang layak pada 7 Mac 2025, Jumaat esok.

Menurut MOF, telah menetapkan tarikh pembayaran bagi tahun 2025 dalam satu hantaran di Facebook.

“Kami kongsikan tarikh bayaran bantuan tunai secara bulanan RM200 BUDI MADANI bagi tahun 2025.

“Bagi yang belum memohon, anda boleh semak kelayakan dan daftar pada bila-bila masa. Permohonan dibuka sepanjang tahun dan tiada tarikh tutup,” tulis MOF.

Gambar: MOF

 

 

Gambar: MOF

Sebelum ini bantuan tunai BUDI MADANI bulan Januari telah disalurkan kepada penerima pada 6 Februari lalu.

Apa Itu BUDI MADANI?

BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak.

Belanjawan 2024 yang diumumkan komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

Bagi memastikan Kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan.

Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.

BACA: Kenyataan Rasmi MCMC Berhubung Kes Harith Iskander, Cecelia Yap

Kategori BUDI MADANI

Di bawah BUDI MADANI, terdapat tiga kategori iaitu Budi Individu, Budi Agri-Komoditi dan My Subsidi Diesel.

Budi Individu merujuk kepad bantuan subsidi tunai RM200 sebulan untuk pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak.

Manakala Budi Agri-Komoditi pula bantuan kepada petani dan penternak bagi meringankan kos bahan api dan operasi pertanian.

MySubsidi Diesel adalah permohonan pembayaran balik sementara bagi pemohon Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) yang masih menunggu kelulusan “fleet card”.

Cara mohon BUDI MADANI

Untuk makluman, pemohon boleh membuat permohonan secara dalam talian di laman web https://budimadani.gov.my yang akan dibuka sepanjang tahun.

Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung syarat-syarat kelayakan BUDI MADANI, orang awam diminta melayari https://budimadani.gov.my atau boleh menghubungi talian bantuan BUDI MADANI di nombor 1-800-88-2747/03-88824565/03-88824566 atau secara e-mel di alamat [email protected].

Sumber: MOFBUDI MADANI

BACA: Sikap Individu Yang Mempersendakan Islam – Ketua Pengarah JAKIM

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.