Terkini

Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Nek Esah meninggal dunia
Kredit: TikTok @alif_haika1
Tiada Kategori

“Nenek Online” Bagi Ramai, Nek Esah Meninggal Dunia

Hannah

“Nenek Online” Bagi Ramai, Nek Esah Meninggal Dunia

Seorang warga emas yang dikenali ramai sebagai “nenek online”, Nek Esah atau nama sebenarnya Esah Hamat, telah menghembuskan nafas terakhir pada petang Jumaat.

Berita pemergiannya telah disampaikan oleh cucunya sendiri menerusi satu hantaran di laman TikTok @alif_haika1.

Menerusi hantaran tersebut, cucunya memaklumkan bahawa Nek Esah telah pergi menghadap Ilahi pada 13 Ramadan 1446 Hijrah, bersamaan hari Jumaat, sekitar jam 5 petang.

“Bersamaan dengan 13 Ramadan 1446 jam 5 petang, nenek saya, Esah Hamat, pulang ke negeri abadi,” tulisnya ringkas.

Nek Esah, yang dipercayai berusia sekitar 100 tahun, meninggalkan legasi keluarga yang cukup besar.

Beliau mempunyai enam orang anak, 56 orang cucu, 101 orang cicit dan 12 orang piut.

Sebelumnya, Nek Esah mula dikenali dalam dunia online apabila gelagat spontan dan lucunya bersama cucunya mendapat perhatian dan sering tular.

Setiap video yang dimuat naik bukan sahaja mencuit hati, malah membuat ramai netizen berasa dekat dengannya.

Bagi sebahagian pengguna media sosial, beliau bukan sekadar nenek kepada keluarganya, tetapi juga seolah-olah “nenek” kepada ramai orang di luar sana.

Ramai yang menyatakan bahawa mereka terhibur setiap kali melihat keletah Nek Esah dan secara tidak langsung, ia mengubat kerinduan terhadap nenek mereka sendiri yang telah tiada.

Pemergian Nek Esah sememangnya satu kehilangan yang dirasai oleh ramai.

Ruang komen di TikTok dan media sosial lain dipenuhi dengan ucapan takziah serta doa daripada netizen yang turut bersedih dengan berita duka ini.

Semoga roh Allahyarhamah Nek Esah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

BACA: Amaran Ribut Petir Di 9 Negeri, 2 WP – METMalaysia

BACA: Rakaman CCTV Keluarga Ni Buat Warga Maya Sebak

BACA: Tiga Pemuda Cina Hasilkan Lagu “Syawal Berseri”, Tuai Pujian Ramai

Sumber: TikTok @alif_haika1