Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk Hingga Jumaat – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang diramal berlaku di Johor hingga 21 Mac, Jumaat.
Menurut METMalaysia, kawasan yang terlibat di Johor termasuklah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada juga dikeluarkan di empat negeri melibatkan Pahang, Johor, Sabah hingga esok manakala di Sarawak pada hari ini.
“Di Pahang, daerah yang terlibat adalah Kuantan, Pekan dan Rompin sementara di Johor pula termasuk Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat.
“Di Sabah pula termasuk Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
“Selain itu, beberapa kawasan di Sarawak diramal hujan hingga hari ini seperti Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu,” maklum METMalaysia.
Justeru, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02RxEfwKdG5KxoCsUgupAKp3JWkUfgNbuvHHJDVmrPAaMfK76gDDVU7DNFk2KdNYZwl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia