Amaran Hujan Lebat Di 7 Negeri & 1 Wilayah Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan satu Wilayah Persekutuan hingga jam 9 malam ini.
Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Perlis, Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Beralih ke Kedah, antara daerah yang meliputi dalam amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang adalah Kubang Pasu dan Padang Terap.
METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk yang sama akan melanda Perak iaitu daerah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Sementara itu, kawasan Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan turut terlibat dalam amaran yang dikeluarkan oleh jabatan ini.
Amaran hujan lebat di 7 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan
Bagi negeri Sarawak, amaran tersebut menyenaraikan daerah Miri dan Limbang sebagai kawasan yang dijangka terjejas.
Manakala di Sabah, daerah Pedalaman, Pantai Barat (Papar) dan Sandakan (Tongod) dijangka alami hujan lebat dan ribut petir bagi tempoh yang sama.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar MetMalaysia menerusi hantaran.
Dalam pada itu, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
BACA: Polis Tahan Penjawat Awam Disyaki Hina Nabi Muhammad Di Laman Sosial
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid03HEmcz83Ay8y1NeUHtB93vWnBzA3oubgHHoKVhAg8sej4Qn8wBmh3YwFkUACCQNfl
BACA: Surau “T20” Curi Tumpuan, Hidang Makanan Mewah Ketika Moreh