Siakap Keli
cuci samping
Kredit: TikTok @delishaurelia87

Wanita ‘Gelabah’ Minta Tolong Netizen Lepas Cuci Samping Suami

Wanita ‘Gelabah’ Minta Tolong Netizen Lepas Cuci Samping Suami

Tak sangka dah masuk hari ke-19 Ramadan. Masa berlalu begitu pantas, dan dalam sekelip mata, kita bakal menyambut Syawal yang penuh keceriaan.

Hari Raya Aidilfitri sememangnya dinanti-nantikan oleh semua. Dari kanak-kanak yang teruja mengumpul duit raya, hingga ke orang dewasa yang seronok berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara.

Bau rendang dan ketupat yang menggoda, baju raya serba baharu serta suasana meriah yang tak tergambar dengan kata-kata, semuanya membuatkan Aidilfitri begitu istimewa.

“Matilah aku. Kenapa jadi macam ni?”

Tapi, dalam keterujaan menyambut lebaran, ada saja kejadian lucu yang mencuit hati.

Terbaru, pengguna TikTok @delishaurelia87 menarik perhatian ramai apabila gelabah meminta pertolongan netizen gara-gara ‘tersilap’ mencuci samping suaminya.

Bayangkan, samping ‘eksklusif’ tiba-tiba berubah rupa. Nak kata berkedut, macam lebih teruk dari berkedut. Nak kata masih boleh diselamatkan, macam tiada harapan.

@delishaurelia87

Macam mana nk bg sampin nie lurus balik!! Mateeii la aku..knp jadi mcm nie..😭😭😭😭

♬ Eh eh eh eh ehh ehhhhh ehhhhh – Ako si Mon

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tak dapat menahan ketawa melihat kejadian itu, selain ada juga yang mencadangkan ‘penyelesaian kreatif’.

“Delete post, hapuskan bukti, dan paling penting buang jauh-jauh. Good luck,”

“Samping laki saya pun jadi macam ni juga. Saya hapuskan jejak samping tu. 5 tahun dah berlalu, sampai sekarang dia masih buat-buat cari,”

“Lipat elok-elok, simpan dalam almari. Nanti bila dia jumpa, buat-buat terkejut, ‘Eh, kenapa jadi macam ni?’”

“Stand by ayat untuk merajuk, kang kena marah dengan laki,”

Di sebalik gelak ketawa, kaum lelaki pula mengambil peluang untuk berkongsi tip menjaga samping songket tenun.

Rupanya, samping seperti ini perlu dicuci menggunakan dry cleaning, bukan dibasuh seperti kain biasa.

BACA: Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Maksud “Dilepaskan Tanpa Dibebaskan”

BACA: 9 Bulan Di ISS, Ini 6 Masalah Kesihatan Yang Angkasawan Alami

BACA: Pemain Warisan Baharu Harimau Malaya

Sumber: TikTok @delishaurelia87

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.