Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
dilepaskan tanpa dibebaskan
Gambar AI

Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Maksud “Dilepaskan Tanpa Dibebaskan”

Nur Alissa

Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Maksud “Dilepaskan Tanpa Dibebaskan”

Setiap jenayah yang dilakukan oleh pesalah akan dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa dan dibicarakan, sebelum hukuman yang setimpal dijatuhkan.

Bahkan, sesetengah kes memerlukan tempoh yang lama untuk diselesaikan, hingga mengambil masa bertahun-tahun.

Menariknya, laras bahasa dan lenggok undang-undang juga agak berbeza berbanding bahasa yang digunakan. Disebabkan itu, ramai yang keliru dengan maksud sebenar di sebaliknya

Sehubungan itu, SK hari ini akan bawakan penerangan lebih lanjut tentang maksud “Dilepaskan Tanpa Dibebaskan” menurut seorang peguam di TikTok, @Nur_Shuhadah.

Maksud Dilepaskan Tanpa Dibebaskan

Gambar: Bernama

DNAA merujuk kepada istilah Discharge Not Amounting to Acquittal (DNAA) atau Dilepaskan Tanpa Dibebaskan.

Ini bermakna, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) masih mempunyai kuasa untuk mendakwa semula Orang Kena Tuduh (OKT) pada bila-bila masa. Oleh itu, OKT perlu hadir apabila dimaklumkan.

Perkara ini selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukkan bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa budi bicara untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan sebarang prosiding bagi sesuatu kesalahan, kecuali prosiding di Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri, atau Mahkamah Tentera.

Bagaimana sesuatu kes dikategorikan sebagai DNAA?

Gambar: Bernama

Umumnya, DNAA berlaku sewaktu di peringkat sebutan kes dan sebelum proses perbicaraan.

“Pada hemat saya, ia berlaku kerana kesilapan teknikal contoh kertas siasatan tidak dibawa, kesilapan pendaftaran kes dan saksi tidak hadir meskipun tarikh telah ditetapkan.

“Selain itu, pengadu menarik semula laporan dan tak berminat untuk teruskan kes, OKT tidak hadir dan waran tangkap dikeluarkan dan macam-macam kesilapan teknikal,” jelasnya.

Selain itu, laman web Audit Keadilan Malaysia, juga menyebut perkara yang serupa, yang mana terdapat beberapa kaedah yang tersedia di mahkamah untuk melupuskan sesuatu kes. Antaranya termasuk pembebasan, pelepasan, sabitan dan hukuman, serta pelepasan tanpa dibebaskan (DNAA).

Bagi DNAA, permohonan boleh dibuat oleh Pengarah Pendakwaan Awam (DPP) sebelum penutupan kes pendakwaan sekiranya pertuduhan tidak berasas, bukti masih tidak mencukupi, atau siasatan belum lengkap.

Namun, kes ini boleh diperkukuhkan kemudian berdasarkan Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah, dan pertuduhan boleh dibawa semula pada masa hadapan.

BACA: Leia Mayssa Terima Tawaran Belajar Ke Massachusetts Institute of Technology (MIT)

Bagi Nur Shuhadah, DNAA berlaku setelah melalui proses perbicaraan yang panjang, di mana mahkamah mendapati bahawa kes prima facie gagal dibuktikan.

“Justeru tertuduh dilepaskan tanpa perlu membela diri atau prima facie kes berjaya dibuktikan, OKT dipanggil untuk membela diri,” katanya.

Pada peringkat ini, OKT telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah, sehingga Majistret atau Hakim yakin bahawa OKT tidak bersalah.

Jika OKT dilepaskan dan dibebaskan, Timbalan Pendakwa Raya tidak lagi mempunyai kuasa untuk mendakwa semula bagi kes yang sama, kerana tindakan itu bercanggah dengan Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara tersebut menyatakan bahawa seseorang yang telah dibebaskan daripada satu kesalahan atau disabitkan atas sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan yang sama kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telah dibatalkan.

Dan perbicaraan semula diperintahkan oleh suatu mahkamah yang lebih atas daripada mahkamah yang telah dibebaskan atau mensabitkannya,” katanya.

Tonton video di bawah untuk lebih pencerahan.

Sumber: TikTok @Nur_Shuhadah, Audit Keadilan Negara

BACA: Anggaran Bayaran Diterima Angkasawan NASA ‘Terkandas’ Di ISS

BACA: Korang ‘Wajib’ Tahu Benda Ni Sebelum Beli Air Balang