Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
SMART Myanmar
Gambar: SMART

Gempa Myanmar: SMART Bantu Operasi SAR

Hannah

Gempa Myanmar: SMART Bantu Operasi SAR

Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah dikerahkan ke Myanmar bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas negara itu dilanda gempa bumi.

Misi ini diketuai oleh pasukan MAS-01 SMART yang merupakan pasukan Heavy Urban Search and Rescue (USAR) di bawah standard INSARAG Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Keupayaan pasukan ini membolehkan mereka beroperasi tanpa henti di dua kawasan operasi yang berbeza dalam tempoh 14 hari tanpa sebarang bantuan daripada negara yang terlibat dalam bencana.

“Pasukan ini berdikari dan pakar dalam mengesan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan menggunakan peralatan khas, menyelamatkan mangsa menggunakan kaedah pemotongan dan pemecahan (cutting & breaking), serta melaksanakan penyokongan struktur (shoring) dan penyelamatan menggunakan tali (rope rescue),” ujar SMART dalam satu kenyataan.

Tambah SMART, misi ini turut disertai oleh pasukan sokongan daripada Unit Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta doktor dan paramedik dari Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selain itu, SMART turut membawa pasukan pakar koordinasi bagi menyokong operasi USAR antarabangsa, yang akan bertindak di USAR Coordination dan Reception Departure Centre.

“Pegawai dan anggota SMART telah menjalankan aktivasi atau persiapan sebelum keberangkatan di Markas SMART, yang merangkumi pendaftaran, semakan dokumen, pemeriksaan kesihatan serta Taklimat Operasi,” ujar SMART lagi.

Untuk info, pasukan SMART diterbangkan ke Myanmar menggunakan dua pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Mereka juga membawa dua lori 5 tan, sebuah kenderaan pacuan empat roda Hilux serta 30 tan peralatan operasi dan Base of Operation bagi memastikan kelancaran misi SAR di kawasan bencana.

BACA: Gempa Bumi Kuat 7.4M Landa Myanmar, Gegaran Turut Dirasai Di Semenanjung

BACA: Gempa Bumi Di Myanmar: Angka Korban Cecah 700 Orang

BACA: Gempa Bumi: Myanmar Minta Bantuan Antarabangsa

Sumber: Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia