Siakap Keli
Amyra rosli amar baharin
Gambar: IG @aamyrarosli

Amyra Rosli Reda Amar Baharin Bakal Tinggalkan Keluarga 3 Bulan

Amyra Rosli Reda Amar Baharin Bakal Tinggalkan Keluarga 3 Bulan

Pelakon, Amyra Rosli, mengakui bahawa beliau pada mulanya sukar menerima keputusan suaminya, Amar Baharin, yang akan menyertai misi berbasikal ke Makkah pada bulan April ini.

Menurut Amyra, atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, beliau kini akhirnya reda dan berlapang dada terhadap keputusan suaminya itu.

Sebagai seorang isteri, katanya, adalah menjadi tanggungjawab untuk menyokong setiap langkah dan usaha yang dilakukan oleh suami tercinta.

“Amar akan pergi berkayuh selama tiga bulan tinggalkan saya dan anak-anak. Awalnya memang tak boleh nak terima idea itu, sebab tempoh itu sangat lama.

“Namun dia maklumkan terlebih awal, jadi ada tempoh saya untuk kawal emosi dan muhasabah diri. Kalau saya sebagai isteri tidak menyokong dia, bagaimana nanti perjalanan dia mahu ke sana.

“Saya serahkan segalanya kepada Allah dan mendoakan urusannya sentiasa dipermudahkan,” kata Amyra.

Amyra percaya suami pandai menjaga diri

Pelakon berusia 33 tahun itu turut menyatakan keyakinannya bahawa Amar mampu menjaga dirinya dengan baik sepanjang perjalanan.

Namun, beliau tetap menitipkan satu permintaan penting kepada suaminya.

“Tipu kalau tidak timbul perasaan risau, saya percaya Amar seorang yang sangat berhati-hati. Saya tak minta perkara tidak elok terjadi, semoga Allah melindunginya, saya reda.

“Saya pesan dekat dia, selagi tidak mengganggu perjalannya minta tolong ‘update’ atau telefon saya dengan anak-anak,” ujarnya.

Untuk info, Amar dijadualkan berbasikal ke Makkah bersama rakannya yang juga pendaki Gunung Everest, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.

Menurut Amar, idea untuk menjayakan misi ini tercetus hasil daripada rutin berbasikal mingguan yang sering mereka lakukan bersama, sejauh 200 kilometer setiap minggu.

BACA: Doktor Kongsi Kisah Wanita Hamil Tiba-Tiba ‘Tidak Boleh’ Bercakap & Berjalan

BACA: Gaji & Nilai Kekayaan Sheikh Al-Sudais

BACA: Rupanya Ini Fungsi & Kegunaan Kipas Siling Ikut Bilangan Bilah

Sumber: Astro Gempak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.