Siakap Keli
tun m bertemu abdullah
Gambar: ERA Sabah

Tun M Kongsi Momen Pertama Kali Bertemu Tun Abdullah 

Tun M Kongsi Momen Pertama Kali Bertemu Tun Abdullah 

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkongsi kembali detik kali pertama bertemu dengan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawis sejak sebelum menyandang jawatan Perdana Menteri.

“Saya kenal dengan dia (Tun Abdullah) dah lama, sebelum saya jadi perdana menteri pun dah berjumpa dengan dia.

“Dan saya tak lupa, tempat yang saya jumpa dengan dia ialah di supermarket, tahun 1968,” katanya sewaktu ditemu bual oleh pemberita.

Menurut Tun Dr Mahathir atau lebih dikenali sebagai Tun M, sebelum melepaskan jawatan perdana menteri pada 2003, beliau sudah pun bersiap sedia bercadang untuk Allahyarham mengambil alih tampuk kepimpinan yang ditinggalkan, ketika Tun Abdullah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Bahkan, pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 pada tahun 2004, turut mencatatkan sejarah luar biasa.

“Dan apabila dia menjadi perdana menteri, di memimpin PRU 11, dengan kejayaan yang tercemerlang dalam sejarah, iaitu dengan 90 peratus undi dimenangi kerajaan.

“Itulah kejayaan yang amat besar,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Tun M turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergiannya.

https://www.instagram.com/p/DIc9488RxZo/

Sebelum ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di Dewan Solat Utama Masjid Negara, ibu negara pada pukul 11.00 pagi untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Allahyarham Tun Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir di Insitut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam semalam dan akan dikebumikan mengikut istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara, hari ini.

Sumber: ERA Sabah

BACA: Sajak “Ku Cari Damai Abadi” Kembali Dikongsi Rakyat Bagi Mengenang Tun Abdullah

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.