Harga RON97, Diesel Turun 10 Sen
Seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia, Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 sebanyak 10 sen kepada RM3.18 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 10 sen kepada RM2.88 seliter bagi tempoh 17 hingga 23 April ini.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” maklum Kementerian Kewangan.
Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 17 hingga 23 April adalah ditetapkan seperti berikut:
(i) harga runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 10 sen kepada paras RM3.18 seliter;
(ii) harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;
(iii) harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 10 sen kepada paras RM2.88 seliter; dan
(iv) harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
“Kerajaan akan terus mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” tambah Kementerian Kewangan.
BACA: Isu Ilustrasi Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Di Muka Depan Akhbar Tempatan
BACA: Bendera Adalah Lambang Kedaulatan Negara, Tidak Boleh Dipersendakan – Agong
BACA: Lebuh Raya Dinamakan Sempena Tun Abdullah, Bendera Dikibar Separuh Tiang Jumaat Ini – Chow
Sumber: Kementerian Kewangan