Siakap Keli
ACLE Kawasaki Frontale Al-Nassr
Gambar: AFP

ACLE: Kawasaki Frontale Singkirkan Al-Nassr

ACLE: Kawasaki Frontale Singkirkan Al-Nassr

Tiga peluang keemasan yang gagal disempurkan oleh bintang Portugal, Cristiano Ronaldo menyaksikan, Al-Nassr tersingkir dari separuh akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) awal pagi tadi.

Beraksi di King Abdullah Sports City, Al-Nassr terpaksa akur dengan kekalahan 2-3 kepada wakil Jepun, Kawasaki Frontale, sekaligus menyaksikan impian mara ke pentas final musnah di hadapan penyokong sendiri.

Lebih-lebih lagi, deretan peluang terhidang gagal dimanfaatkan oleh anak-anak buah Stefano Pioli. 

Gambar: AFP

Babak pertama bermula sengit apabila Tatsuya Ito membuka tirai jaringan untuk Kawasaki pada minit ke-10, namun Al-Nassr bangkit menerusi jaringan bekas bintang Liverpool, Sadio Mane pada minit ke-28.

Ketika perlawanan hampir menuju ke rehat, Yuto Ozeki kembali meletakkan Kawasaki di depan, sekali gus menambah tekanan buat tuan rumah.

Keadaan semakin meruncing apabila Akihiro Ienaga menjaringkan gol ketiga pada minit ke-76, menjadikan misi Al-Nassr semakin sukar.

Bagaimanapun, sinar harapan muncul seketika apabila Ayman Yahya merapatkan jurang pada minit ke-87, menghidupkan peluang wakil Arab Saudi itu. 

Meskipun enam minit masa tambahan telah diberikan pengadil pada penghujung permainan, Ronaldo gagal menyempurnakan tiga peluang terbuka yang mungkin mampu mengubah nasib pasukannya.

Tiga gol daripada pasukan pelawat sudah cukup untuk membuatkan Ronaldo dan pasukannya terpaksa menelan pahit tewas di laman sendiri, sekali gus gagal mara ke pentas akhir.

Sumber: Stadium Astro

BACA: Gol Tunggal Dembele Pisahkan Kemenangan PSG Di Emirates

BACA: Fakta Disebalik “Guard Of Honour” Bola Sepak Eropah

BACA: Julang Gelaran Liga Ke-20, Liverpool Kelab Inggeris Paling Berjaya

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.