Siakap Keli
Kredit: Radio RTM

Radio RTM Disenarai Dalam 30 Radio Terbaik Dunia

Radio RTM Disenarai Dalam 30 Radio Terbaik Dunia

Radio RTM julung kali disenarai sebagai 30 radio terbaik global dalam WCM Global Ranker yang dikendalikan oleh Triton Digital.

Menerusi senarai tersebut, radio RTM berada di tangga ke-30 iaitu di belakang rangkaian radio dari argentina, Grupo America.

Tempat pertama ditakluk oleh radio dari Amerika Syarikat, iHeartRadio. Ia disusuli oleh Prisa Radio dari Sepanyol yang menduduki tempat kedua manakala Talpa Radio dari Belanda berada di kedudukan ketiga.

Kredit: Triton Digital

Menurut Triton Digital, kedudukan tersebut dinilai berdasarkan empat petunjuk utama iaitu Purata Sesi Aktif (AAS), Jumlah Jam Mendengar (TLH), Permulaan Sesi (SS) dan Purata Masa Mendengar (ATSL).

Bagi AAS, ia mewakili purata bilangan sesi pada bila-bila masa dalam tempoh waktu yang dilaporkan, namun sesi tidak sah tidak diambil kira. AAS dikira dengan membahagikan TLH dengan bilangan jam dalam tempoh masa yang dilaporkan.

TLH pula adalah jumlah jam yang telah distrim oleh stesen atau penerbit semasa sesi radio dengan tempoh sekurang-kurangnya satu minit.

Manakala, SS ditakrifkan sebagai bilangan sesi dengan tempoh minimum satu minit panjang yang dimulakan dalam tempoh masa yang dilaporkan.

Selain itu, ATSL adalah purata bilangan jam untuk setiap sesi dengan tempoh sekurang-kurangnya satu minit dalam tempoh masa yang dilaporkan.

BACA JUGA: 1 Mei Penuh Makna, Ketahui Sejarah Di Sebalik Hari Pekerja

Penilaian yang dilakukan pada Mac lalu ini menyaksikan radio RTM mendapat jumlah 9,630 bagi AAS, 9, 855, 025 bagi SS dan 0.54 bagi ATSL.

Julung kali berada dalam senarai ini, Triton Digital menerusi Facebook turut mengalukan-alukan radio RTM.

“Kami berbesar hati mengalu-alukan penambahan baharu bulan ini, Radio Televisyen Malaysia membuat penampilan sulungnya dalam WCM Global Ranker,” katanya.

Selain 34 radio yang bernaung di bawahnya, RTM juga mempunyai enam stesen TV iaitu TV1, TV2, TV Okey, Berita RTM, Sukan RTM dan TV6.

Mempunyai sejarah yang panjang dalam arena penyiaran di negara ini, RTM masih kekal relevan sehingga kini.

Sumber: Triton Digital

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.