Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amaran Ribut Petir Di 8 Negeri, WP Hingga Malam Ini – METMalaysia

Hannah
ribut petir
Sumber: METMalaysia

Amaran Ribut Petir Di 8 Negeri, WP Hingga Malam Ini – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 9 malam ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah, selain keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Di Terengganu, daerah yang terlibat adalah Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

“Di Pahang, daerah yang terlibat adalah Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin, selain daerah Gombak dan Hulu Langat di Selangor.

“Di Negeri Sembilan pula, daerah yang terlibat adalah Jelebu, manakala di Johor membabitkan daerah Mersing dan Kota Tinggi,” kata METMalaysia.

Sementara itu, daerah yang terlibat di Sarawak adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Kapit (Belaga) dan Bintulu (Bintulu dan Sebauh).

Di Sabah pula, daerah yang terlibat adalah Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Telupid).

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan untuk berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: SPS Madani 2025: Syarat, Kelayakan & Cara Mohon

BACA: Jana Pendapatan Pasif: 8 Langkah, Pelaburan Mudah Buat Duit

BACA: Doktor Kongsi Bahaya TB, Kena Buat Apa Untuk Cegah

Sumber: METMalaysia