Siakap Keli
perkhidmatan skype tamatkan
Gambar: AFP

Microsoft Rasmi Tamatkan Perkhidmatan Skype

Microsoft Rasmi Tamatkan Perkhidmatan Skype

WASHINGTON — Microsoft secara rasmi menamatkan perkhidmatan Skype, salah satu platform panggilan video yang pernah popular di dunia, pada Isnin 5 Mei 2025, lapor Fox Business.

Penamatan Skype merupakan sebahagian daripada strategi Microsoft untuk menumpukan kepada perkhidmatan Microsoft Teams, yang kini menjadi platform komunikasi utama syarikat itu.

Microsoft dalam satu kenyataan pada Februari memaklumkan langkah ini bertujuan menyederhanakan penawaran komunikasi syarikat.

Berikutan itu, pengguna Skype dibenarkan log masuk ke versi percuma Microsoft Teams menggunakan akaun sedia ada mereka. Semua mesej dan senarai kenalan akan dipindahkan secara automatik ke platform baharu itu.

“Skype telah memainkan peranan penting dalam membentuk komunikasi moden dan mencipta pelbagai detik bermakna. Kami berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan itu,” kata Jeff Teper, Presiden Aplikasi dan Platform Kolaboratif Microsoft dalam satu kenyataan.

Dalam pada, pengguna yang tidak berhasrat beralih ke Teams, Microsoft menyediakan pilihan untuk mengeksport data Skype mereka. Sekiranya tiada tindakan diambil, semua data berkaitan akan dipadam menjelang Januari 2026.

Untuk makluman, Skype diasaskan oleh Niklas Zennstrom dan Janus Friis di Estonia pada 2003.

Kemunculan aplikasi itu menandakan revolusi komunikasi di dalam internet yang menawarkan panggilan suara percuma antara komputer. Ia juga mempunyai kadar berpatutan untuk panggilan ke talian tetap dan telefon mudah alih.

Tahun berganti tahun, ketika kadar kelajuan internet semakin baik, Skype juga berkembang dengan ciri panggilan video, pemesejan segera, perkongsian fail dan ciri komunikasi kumpulan.

Menjelang tahun 2005, Skype digunakan secara meluas di seluruh dunia dan telah mencapai 50 juta pengguna berdaftar.

Pada 2011,  Skype telah dibeli oleh Microsoft dan mempunyai sekitar 150 juta pengguna aktif bulanan

Bagaimanapun, kemunculan aplikasi lain seperti Zoom menyaksikan kegagalan Skype bersaing, dengan angka pengguna menjunam kira-kira 23 juta pada pandemik COVID-19.

BACA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

BACA: Skype Bakal Tamatkan Operasi

BACA: Microsoft Perkenal Cip Pengkomputeran Kuantum Pertama

Sumber: Fox Business

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.