Siakap Keli
Sebab LIMA Dibuat Di Langkawi
Sumber: Uniforms Original/Facebook

Berlangsung Dua Tahun Sekali, Ini Sebab LIMA Dibuat Di Langkawi

Berlangsung Dua Tahun Sekali, Ini Sebab LIMA Dibuat Di Langkawi

Umum diketahui, pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) bakal kembali tidak lama lagi.

Setiap kali ia diumumkan, pasti ramai yang tertanya-tanya, “Kenapa LIMA dibuat di Langkawi dan bukan di tempat lain?”

Menjawab persoalan ini, satu perkongsian menerusi Facebook Uniforms Original menarik perhatian ramai.

Sebenarnya, pemilihan Langkawi sebagai lokasi tetap penganjuran LIMA bukanlah sesuatu yang dibuat secara kebetulan.

Sebaliknya, ia berasaskan kepada beberapa faktor penting yang menjadikan pulau itu sebagai lokasi yang paling ideal.

Langit perlu kosong, Langkawi pilihan terbaik

Salah satu sebab utama LIMA diadakan di Langkawi adalah kerana pertunjukan aerobatik yang menjadi tumpuan ramai pengunjung.

Untuk memastikan pertunjukan ini berjalan lancar dan selamat, ruang udara perlu ditutup selama lebih kurang empat jam.

Penutupan ruang udara ini akan mewujudkan zon larangan terbang atau “no flying zone”.

Bayangkan jika pameran ini diadakan di kawasan bandar utama, ia pasti akan menyebabkan gangguan besar terhadap laluan penerbangan komersial harian.

Oleh itu, Langkawi dipilih kerana ia terasing dari laluan trafik udara utama dan ini membolehkan pertunjukan udara diadakan tanpa menjejaskan operasi penerbangan awam.

Pelabuhan terlindung dan laut dalam

Selain ruang udara, aspek maritim juga penting dalam LIMA.

Langkawi memiliki laut yang terlindung serta kedalaman yang sesuai untuk kapal-kapal perang dan pelbagai aset maritim.

Ini menjadikan ia lokasi yang strategik untuk pameran ketenteraan laut, termasuk pertunjukan taktikal dan demonstrasi di perairan terbuka.

Lengkap dengan infrastruktur dan akses

Langkawi turut memiliki lapangan terbang yang luas dan bersedia menampung pelbagai jenis pesawat dan kapal terbang.

Tidak cukup dengan itu, pulau ini juga mempunyai infrastruktur pelancongan yang baik.

Justeru, kerajaan berpendapat bahawa Langkawi adalah lokasi yang strategik dan perlu dikekalkan sebagai venue tetap LIMA kerana ciri-cirinya yang unik dan lengkap dari segi udara, darat dan laut.

Untuk info, LIMA’25 akan dilangsungkan pada 20 hingga 24 Mei 2025 di Pulau Langkawi, Kedah. Bertemakan “Innovate Today, Thrive Tomorrow”, ia kali ini merupakan edisi yang ke-17 dianjurkan di Malaysia.

Kini, tumpuan mula beralih kepada apakah kejutan yang bakal ditampilkan dalam LIMA’25. Sudah tentu ramai yang tidak sabar menantikan acara ini dengan pelbagai pertunjukan menarik menanti.

BACA: Landasan LTSAH Ditutup Sementara Akibat Insiden Pesawat

BACA: Insiden Kemalangan Pesawat Hawk TUDM Semasa Pendaratan – TUDM

BACA: 6 Mall Popular Di Malaysia Yang Korang Wajib Simpan Resit Bila Membeli, Ini Sebabnya

Sumber: Uniforms Original

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.