Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
5 Mitos Tentang Kereta Yang Merugikan Duit Anda
Gambar Ai

5 Mitos Tentang Kereta Yang Merugikan Duit Anda

suhaila

5 Mitos Tentang Kereta Yang Sebenarnya Merugikan Duit Anda Tanpa Sedar

Ramai pemilik kenderaan di Malaysia sering kali terpengaruh dengan pelbagai petua, nasihat dan ‘tip jimat’ yang tersebar secara meluas sama ada dari media sosial, rakan-rakan, mekanik tidak bertauliah mahupun dari pengalaman sendiri.

Petua-petua ini biasanya dikaitkan dengan cara untuk menjimatkan penggunaan petrol, meningkatkan prestasi enjin atau memanjangkan jangka hayat kenderaan. Malangnya, tidak semua yang kita dengar atau praktikkan itu benar.

Sesetengahnya hanyalah mitos yang diwarisi sejak dahulu tanpa sebarang bukti kukuh atau sokongan dari segi teknikal.

Lebih membimbangkan, ada juga amalan yang dianggap sebagai tindakan bijak atau berhemah itu sebenarnya hanya membazirkan wang dan memberikan kesan yang buruk kepada sistem dalaman kereta.

Dalam jangka panjang juga ianya boleh menyebabkan kos pembaikan yang tinggi.

Oleh itu, penting untuk kita mengenal pasti dan membezakan antara mitos dan fakta sebenar. Berikut merupakan lima mitos popular tentang penjagaan kereta yang sebenarnya boleh merugikan anda tanpa sedar sekiranya ia terus diamalkan.

1. Guna Minyak Enjin Mahal Untuk Prestasi Kereta yang Lebih Baik

Ramai yang beranggapan bahawa minyak enjin yang mahal automatik akan memberikan prestasi yang lebih baik untuk kereta.

Sebenarnya, tidak semua kereta memerlukan minyak enjin berprestasi tinggi atau sintetik penuh. Apa yang lebih penting ialah anda hanya perlu mengikut spesifikasi yang disarankan oleh pengeluar kereta anda.

Biasanya ia boleh dirujuk dalam buku manual.

Sekiranya kereta anda hanya memerlukan minyak enjin biasa semi-sintetik, menggunakan minyak yang lebih mahal tidak semestinya akan memberikan faedah tambahan, malah membazirkan wang.

Fokus utama sepatutnya pada jadual penukaran minyak yang konsisten, bukan pada harganya semata-mata.

2. Guna RON97 Untuk Tambah Kelajuan Kereta

Satu lagi mitos yang kerap tersebar ialah penggunaan petrol RON97 boleh menjadikan kereta lebih laju atau “power”.

Hakikatnya, RON (Research Octane Number) tidak berkaitan dengan kelajuan, tetapi keupayaan bahan api untuk menahan ketukan (knocking) dalam enjin.

Kereta biasa dengan enjin berkompresi rendah seperti kebanyakan model di Malaysia sudah memadai dengan RON95.

Melainkan kereta anda memang memerlukan RON97 seperti kereta berprestasi tinggi atau turbocharged, penggunaan RON97 hanya akan membebankan poket tanpa memberikan sebarang peningkatan ketara dalam prestasi.

BACA : Sembuh Dengan Makanan: Rahsia Penawar Semula Jadi

3. Tutup Aircond Untuk Jimat Minyak

Secara logiknya, ramai yang berfikir bahawa menutup penghawa dingin akan mengurangkan beban enjin dan menjimatkan petrol.

Walaupun benar bahawa aircond menggunakan sedikit tenaga daripada enjin, menutupnya dalam keadaan cuaca yang panas sebenarnya boleh memberikan kesan yang sebaliknya.

Apabila tingkap dibuka, rintangan angin semakin meningkat terutamanya ketika anda memandu dengan laju. Seterusnya ia secara tidak langsung akan meningkatkan penggunaan bahan api.

Jadi, lebih baik gunakan aircond secara bijak daripada mematikan terus sistem tersebut, terutama untuk keselesaan dan keselamatan pemanduan.

4. Pakai Gear Neutral (N) Waktu Turun Bukit Untuk Jimat Minyak

Ramai pemandu yang mengamalkan penggunaan gear neutral ketika turun bukit kononnya untuk menjimatkan minyak. Namun, ini bukan sahaja tidak menjimatkan petrol, malah membahayakan keselamatan.

Dalam situasi menuruni bukit, enjin yang berada dalam gear membantu mengawal kelajuan dengan brek enjin (engine braking), mengurangkan kebergantungan kepada brek kaki dan mencegah kerosakan sistem brek akibat terlalu panas.

Selain itu, kebanyakan enjin moden secara automatik mengurangkan penggunaan petrol semasa coasting dalam gear yang akan menjadikan amalan pakai gear N itu adalah tidak relevan.

Tambahan pula, penggunaan gear neutral akan mengurangkan kawalan pemandu terhadap kenderaan dalam situasi kecemasan.

5. Pakai Fuel Additive Untuk Jimat Minyak

Terdapat pelbagai produk fuel additive di pasaran yang mendakwa mampu menjimatkan petrol, membersihkan enjin dan meningkatkan prestasi kenderaan.

Namun, kebanyakan ujian bebas menunjukkan bahawa kesan penjimatan bahan api dari fuel additive adalah minimum atau langsung tidak signifikan.

Malah, penggunaan produk yang tidak disahkan boleh menyebabkan enapan dalam enjin atau merosakkan sistem pembakaran.

Jika anda menggunakan petrol berkualiti dari stesen sah, itu sudah memadai. Tiada keperluan untuk menambah bahan kimia tambahan semata-mata kerana janji penjimatan yang belum tentu terbukti.

Kesimpulannya, fahami mitos-mitos tentang kereta supaya tidak merugikan poket anda

Dalam usaha menjaga kereta dan mengurangkan kos penggunaan adalah penting untuk kita membezakan antara fakta dan mitos.

Tindakan yang kelihatan seperti “penjimatan kecil” sebenarnya boleh menjadi kerugian besar dalam jangka masa panjang.

Oleh itu, sentiasa rujuk maklumat dari sumber yang sah, seperti manual kereta atau pakar automotif bertauliah. Jangan mudah terpengaruh dengan cakap-cakap orang atau trend yang belum tentu memberi manfaat.

Sumber : AOL, youtube

BACA : Program Rumah PPR: Cara Mohon & Syarat Kelayakan