Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Ekonomi ASEAN Berkembang 2025
Gambar: BERNAMA

Ekonomi ASEAN Dijangka Berkembang Pada 4.7 Peratus Pada 2025 – Tengku Zafrul

Hannah

Ekonomi ASEAN Dijangka Berkembang Pada 4.7 Peratus Pada 2025 – Tengku Zafrul

Unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kolektif ASEAN dijangka meningkat kepada 4.7 peratus pada 2025 berbanding 4.2 peratus tahun lepas, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) ke-25 hari ini turut membincangkan kadar inflasi di rantau ini yang dijangka berada pada tahap tiga peratus.

“Terdapat perbincangan dan pembentangan oleh Sekretariat ASEAN apabila kami berbincang mengenai tahun 2024 dan apa unjuran kami untuk tahun 2025 dari segi pertumbuhan KDNK. Turut dibincangkan ialah jangkaan kadar inflasi bagi rantau ini.

“Oleh itu, hari ini, jangkaan ialah 4.7 peratus pada 2025 untuk pertumbuhan KDNK ASEAN dan inflasi pada sekitar tiga peratus,” katanya pada sidang media selepas tamat mesyuarat Majlis AEC ke-25 di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di sini hari ini.

Menurut Tengku Zafrul, unjuran itu lebih tinggi daripada purata berbanding kadar pertumbuhan global dan ini didorong oleh eksport yang kukuh dan perbelanjaan modal awam di ekonomi yang lebih besar.

BACA: Cukai Jalan Avanza Di Indonesia Lebih Mahal Berbanding Malaysia

“Bagaimanapun, pertumbuhan 4.7 peratus itu tertakluk kepada … terdapat risiko penurunan terhadap unjuran tersebut disebabkan persekitaran luaran dan faktor lain yang perlu kita beri perhatian,” katanya.

Mengenai rundingan isu tarif, Tengku Zafrul berkata negara-negara anggota ASEAN bersetuju untuk mengekalkan kedudukan neutral ASEAN dan akan terus menyokong prinsip multilateralisme serta keperluan untuk menjalin kerjasama antara setiap negara dan Amerika Syarikat (AS).

“Setiap negara akan mempunyai pendirian masing-masing terhadap AS dan kami mengalu-alukan usaha kerjasama yang dijalankan secara dua hala oleh negara-negara anggota ASEAN,” katanya.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, yang diadakan di bawah tema Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025, ‘Keterangkuman dan Kemampanan’, juga merupakan kali kelima Malaysia mempengerusikan blok serantau ini sejak mempengerusikannya pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Sidang Kemuncak ASEAN dan mesyuarat berkaitannya dijangka membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang mendesak, dengan krisis di Myanmar kekal menjadi kebimbangan utama negara-negara anggota ASEAN.

Selain mesyuarat peringkat ASEAN, sidang kemuncak itu juga akan menampilkan dua platform antara rantau yang penting, Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China, menunjukkan kerjasama yang meningkat antara Asia Tenggara dan rakan strategiknya di Teluk dan China.

BACA: Pemilihan PKR: Rafizi Kongsi Luahan Hati Di Media Sosial

BACA: Tersentuh Dengan Sokongan Diterima, Rafizi Rakam Ucapan Penghargaan

Sumber: BERNAMA