Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
cukai jalan avanza indonesia malaysia
Gambar: Detik.com

Cukai Jalan Avanza Di Indonesia Lebih Mahal Berbanding Malaysia

Hannah

Cukai Jalan Avanza Di Indonesia Lebih Mahal Berbanding Malaysia

Tahukah anda bahawa pemilik kenderaan di Indonesia perlu membayar cukai jalan tahunan yang jauh lebih tinggi berbanding di Malaysia?

Perbandingan ini dapat dilihat dengan jelas melalui model kenderaan popular Toyota Avanza, seperti yang dilaporkan oleh media tempatan Indonesia.

Di Indonesia, cukai jalan tahunan untuk sebuah Toyota Avanza boleh mencecah sehingga Rp 4,007,000 (sekitar RM1,045.83).

Jumlah ini merangkumi Pajak Kenderaan Bermotor (PKB) sebanyak Rp 3,864,000 (sekitar RM1,008.50) dan Sumbangan Wajib Dana Kecelakaan Lalu Lintas Jalan (SWDKLLJ) sebanyak Rp 143,000 (sekitar RM37.32).

Menurut Detik.com, sebaliknya, di Malaysia, cukai jalan tahunan untuk Toyota Avanza jauh lebih murah iaitu antara RM50 hingga RM100.

Selain itu, ia juga berbeza mengikut kapasiti enjin, lokasi geografi, jenis kenderaan serta pemilikan kenderaan.

BACA: Makanan Tradisi Malaysia Dinobatkan Terbaik Dunia

Selain cukai jalan tahunan, kos untuk memindahkan nama pemilik kenderaan juga jauh lebih tinggi di Indonesia, lapor Detik.com.

Proses yang dikenali sebagai Bea Balik Nama (BBN) ini boleh mencecah sehingga Rp 2 juta (sekitar RM522) atau lebih.

Setiausaha Agung Gabungan Industri Kenderaan Bermotor Indonesia (Gaikindo), Kukuh Kumara, berpandangan bahawa struktur cukai kenderaan yang tinggi ini wajar disemak semula.

Beliau mencadangkan agar kadar cukai dikurangkan atau diselaraskan secara lebih rasional supaya tidak membebankan pengguna dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan.

BACA: Tidak Rasmi: Sze Fei-Izzuddin Genggam Ranking Nombor Satu Dunia

Untuk info, sistem cukai kenderaan di Indonesia terdiri daripada dua komponen utama iaitu PKB dan SWDKLLJ.

PKB merupakan cukai tahunan yang dikenakan ke atas setiap pemilik kenderaan.

Kadar cukai ini ditentukan berdasarkan nilai pasaran kenderaan dan status pemilikan.

Jika pemilik memiliki lebih daripada satu kenderaan, kadar PKB boleh meningkat antara 2 hingga 6 peratus daripada nilai jualan kenderaan.

Bagi kenderaan yang didaftarkan atas nama syarikat, kadar cukai ditetapkan pada 2 peratus sahaja.

Sementara itu, SWDKLLJ pula ialah sumbangan wajib yang perlu dibayar setiap kali pemilik memperbaharui cukai tahunan atau surat pendaftaran kenderaan (STNK).

Dana ini diwujudkan bagi memberikan perlindungan kepada mangsa kemalangan jalan raya. Ia juga telah termaktub dalam Undang-Undang No. 34 Tahun 1964 serta Peraturan Pemerintah No. 18 Tahun 1965.

Kadar sumbangan ini pula berbeza mengikut jenis dan kapasiti enjin kenderaan seperti yang ditetapkan dalam Peraturan Menteri Keuangan No. 36 Tahun 2008 di Indonesia.

BACA: Kerajaan Beri Jaminan Harga Petrol RON95 Tidak Dinaikkan

Sumber: Detik.com