Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
malaysia menang sweden
Gambar: BERNAMA

Wanita Kongsi 5 Sebab Malaysia 'Menang' Berbanding Sweden

Hannah

Wanita Kongsi 5 Sebab Malaysia 'Menang' Berbanding Sweden

Malaysia memang dikenali sebagai negara yang penuh daya tarikan, seolah-olah 'magnet' kepada orang luar.

Ada yang datang untuk belajar, ada yang datang bekerja, malah ada yang terus jatuh cinta dan menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua.

Baru-baru ini, seorang wanita dari Sweden yang kini menetap di Malaysia mencuri perhatian ramai di media sosial.

Menerusi perkongsian di TikTok, wanita ini mendedahkan sebab-sebab dia tidak mahu kembali menetap di Sweden selepas hidup di Malaysia.

"Ramai sangka hidup orang Eropah lebih baik..."

Menurut wanita itu, ramai rakyat Malaysia beranggapan kehidupan di Eropah jauh lebih sempurna dan selesa.

Namun hakikatnya, setiap tempat ada kelebihan dan kekurangan.

"Ramai orang Malaysia fikir orang Eropah hidup jauh lebih baik, tapi itu tak semestinya benar. Ada kelebihan tinggal di Eropah seperti sistem kebajikan, tapi ada juga banyak kelebihan tinggal di Malaysia," katanya.

5 sebab Malaysia 'menang' berbanding Sweden

Wanita ini kemudiannya mendedahkan lima sebab utama kenapa dia lebih memilih Malaysia berbanding Sweden.

Makanan Malaysia

Sebab pertama yang membuatkan dia berat hati untuk pulang ke Sweden adalah makanan.

"Ramai orang Sweden sebenarnya bukan penggemar makanan, dan pilihan makanan di Sweden sangat terhad serta kurang sedap berbanding di Malaysia.

"Saya rasa saya akan terlalu merindui makanan di Malaysia kalau balik ke sana," katanya.

Kesihatan mental

Selain makanan, faktor kesihatan mental juga menjadi sebab besar.

"Orang Malaysia pandai ‘lepak-lepak’ dan tak ambil hidup terlalu serius. Orang Sweden pula selalunya stres dan sentiasa tergesa-gesa, jadi bila saya berada di sana, saya pun jadi tertekan," katanya.

Gabungan tradisi dan kemodenan

Wanita itu turut memuji cara Malaysia menggabungkan tradisi dan kemodenan.

Katanya, di Malaysia, budaya tradisional masih diraikan walaupun negara ini semakin moden.

"Di Malaysia, tradisi hidup seiring dengan kehidupan moden, dan kedua-duanya diraikan serta digalakkan. Di Sweden, banyak tradisi sudah hilang.

"Saya rasa sangat indah apabila pakaian tradisional, lagu dan budaya masih diamalkan di Malaysia," katanya.

Ini menunjukkan Malaysia berjaya mengekalkan identiti budaya sambil bergerak maju.

Sikap rakyat Malaysia

Satu lagi perkara yang membuatkan dia jatuh cinta dengan Malaysia ialah sikap rakyatnya yang baik dan suka membantu.

Secara tak langsung, sikap positif itu turut 'melekat' pada dirinya.

"Rakyat Malaysia sanggup membantu orang lain walaupun ia menyusahkan diri sendiri. Sejak tinggal di sini, saya rasa saya menjadi seorang yang lebih baik dan penyayang," katanya.

Cuaca

Walaupun ramai rakyat Malaysia mengeluh panas, bagi wanita ini, cuaca Malaysia jauh lebih baik berbanding musim sejuk di Sweden.

"Suami saya pernah berada di Sweden selama lima hari ketika musim sejuk dan dia mengalami kemurungan bermusim (seasonal depression).

"Tidak seronok bila waktu siang hanya sekitar empat jam sehari, dan ia memberi kesan besar kepada mental lebih daripada yang kita sedari," katanya.

Kadang-kadang, kita terlalu fokus pada kekurangan negara sendiri hingga lupa bahawa Malaysia sebenarnya antara tempat terbaik untuk hidup.

Di mata dunia, negara kita begitu istimewa sehinggakan ramai 'cemburu' dengan kehidupan dan keunikan masyarakatnya.

Tanpa kita sedar, semua ini adalah nikmat yang patut kita hargai dan syukuri kerana tidak semua orang seberuntung kita.