Siakap Keli
Sultan Brunei Keluar IJN
Gambar: JPM Brunei

Sultan Brunei Dibenar Keluar IJN, Berehat Di KL – JPM Brunei

Sultan Brunei Dibenar Keluar IJN, Berehat Di KL – JPM Brunei

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) — Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) semalam selepas menerima rawatan sejak Selasa lepas.

Menerusi hantaran di Instagram, Jabatan Perdana Menteri (JPM) Brunei memaklumkan baginda kini bersemayam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

“Pakar perubatan telah menasihatkan bagi baginda berehat beberapa hari lagi sebelum berangkat balik ke Brunei Darussalam,” menurut hantaran itu.

Sultan Hassanal Bolkiah tiba di Malaysia pada 25 Mei lepas untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei.

Baginda dilaporkan berehat di IJN sejak 27 Mei kerana keletihan.

BACA: Sultan Brunei Masuk IJN

BACA: Sultan Brunei Dinasihat Tidak Terima Pelawat – Pejabat Perdana Menteri

BACA: Sultan Pahang Doakan Kesihatan Sultan Brunei, Titah Solat Hajat Diadakan

Sumber: BERNAMA

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.