Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
hutang PTPTN
Gambar: BERNAMA

400,000 Peminjam Tidak Pernah Bayar Hutang PTPTN

Hannah

400,000 Peminjam Tidak Pernah Bayar Hutang PTPTN

Seramai 400,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikenal pasti langsung tidak pernah membuat sebarang bayaran balik pinjaman sejak menamatkan pengajian lebih 10 tahun yang lalu.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, kumpulan peminjam tegar ini telah mengumpulkan tunggakan mencecah RM5 bilion setakat ini.

Menurut beliau, kumpulan tersebut terdiri daripada individu yang tidak membuat sebarang bayaran sejak hari pertama menamatkan pengajian, menyebabkan jumlah tunggakan mereka terus meningkat setiap tahun.

Untuk membantu golongan ini, PTPTN telah menyediakan pelbagai pelan bayaran balik yang fleksibel, termasuk tawaran penstrukturan semula pinjaman bagi mereka yang menghadapi kesukaran kewangan.

Bagi peminjam yang mempunyai jumlah tunggakan besar, mereka juga digalakkan untuk berunding dengan pegawai PTPTN bagi menetapkan jumlah bayaran pendahuluan yang bersesuaian dengan kemampuan masing-masing.

Zambry menjelaskan bahawa PTPTN tidak menetapkan kadar bayaran pendahuluan secara tetap, seperti 50 atau 100 peratus. Sebaliknya, jumlah pendahuluan boleh disesuaikan mengikut jumlah tunggakan terkumpul selama beberapa bulan.

Tambah beliau lagi, kadar bayaran balik bulanan akan dinilai berdasarkan slip gaji peminjam dan kebiasaannya ditetapkan sekitar lima hingga enam peratus daripada pendapatan bulanan.

Selain itu, faktor umur juga diambil kira dalam menentukan tempoh pembayaran. Sebagai contoh, jika peminjam berusia 40 tahun, tempoh bayaran boleh dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.

Beliau turut menjelaskan bahawa beberapa parameter digunakan untuk menentukan amaun bayaran bulanan minimum. Secara umumnya, jumlah minimum tersebut bersamaan dengan bayaran ansuran selama tiga hingga enam bulan.

BACA: Jemaah Haji Malaysia Ke-11 Meninggal Dunia Di Tanah Suci

BACA: Lokasi Nahas Di JRTB Antara Dikenal Pasti Bagi Kerja Naik Taraf Tahun Ini – Nanta

BACA: Harsheetaa Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ, Sepsis – Bapa

Sumber: Astro Awani