Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
iran diserang israel
Gambar: @turkiyetodaycom/X

Penyampai Berita Berdepan Detik Cemas, Stesen TV Iran Diserang Israel

Hannah

Penyampai Berita Berdepan Detik Cemas, Stesen TV Iran Diserang Israel

Seorang penyampai berita wanita berdepan detik cemas apabila bangunan stesen televisyen Iran diserang Israel dalam satu serangan udara yang menggemparkan.

Insiden yang kini tular di media sosial itu memperlihatkan suasana di dalam studio tiba-tiba bergegar kuat. Ia disusuli bunyi letupan semasa penyampai tersebut sedang mengulas secara kritikal mengenai tindakan ketenteraan Israel terhadap Iran.

Rakaman turut menunjukkan serpihan bangunan seperti batu dan habuk berterbangan masuk ke ruang studio, manakala skrin LED di belakang penyampai terpadam secara mengejut.

Wanita berkenaan dilihat tergamam dan cemas sebelum segera meninggalkan set siaran untuk menyelamatkan diri.

Menurut laporan media tempatan, serangan berkenaan dipercayai sebahagian daripada siri serangan udara terbaharu Israel ke atas beberapa sasaran penting di Tehran, termasuk kemudahan komunikasi dan struktur berkaitan ketenteraan.

Setakat ini, pihak berkuasa Iran masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung jumlah korban atau tahap kerosakan yang berlaku akibat serangan itu.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz mengesahkan bahawa serangan udara tersebut memang menyasarkan stesen televisyen Iran.

Terdahulu, Israel mengarahkan penduduk di Daerah 3, Tehran supaya segera mengosongkan kawasan itu berikutan serangan udara baharu yang dijangka dilancarkan dalam masa terdekat.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) turut memaklumkan bahawa mereka akan menyerang struktur ketenteraan milik Iran dalam tempoh beberapa jam.

Ketegangan antara Iran dan rejim Zionis terus memuncak sejak Jumaat lalu, dengan kedua-dua negara saling melancarkan serangan balas, menjadikan konflik ini antara yang paling serius dalam sejarah hubungan mereka.

BACA: Israel Beri ‘Amaran’ Kosongkan Daerah 3, Tehran

Sumber: Astro Awani