Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jerebu Kembali Lagi, Ini 6 Langkah Lindungi Diri & Keluarga
Pencemaran udara seperti jerebu merupakan salah satu isu alam sekitar yang memberi kesan besar kepada kesihatan manusia dan kualiti hidup.
Ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti asma dan penyakit pernafasan kronik.
Justeru, anda perlu tahu mengenai langkah penjagaan ketika jerebu terutama apabila mempunyai anak-anak.
Sebelum itu, mari kita selidik terlebih dahulu mengenai Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang sentiasa disebut ketika berlakunya jerebu.
Menurut perkongsian Hello Doktor, indeks kualiti udara biasanya digunakan untuk menunjukkan jumlah bahan pencemar di udara sepanjang tempoh tertentu.
Setiap negara mempunyai indeks sendiri yang bersesuaian dengan piawaian kualiti udara kebangsaan.
Sebagai contoh, kualiti udara di Malaysia dilaporkan sebagai Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang mengukur karbon monoksida (CO), ozon (O3), nitrogen dioksida (NO2), sulfur dioksida (SO2) dan zarah yang 10 mikrometer atau kurang lebar (PM10).
Nilai indeks kualiti udara biasanya dikelompokkan menjadi julat. Setiap julat diberikan tahap pencemaran dan kod warna.
Berdasarkan nilai indeks kualiti udara, anda boleh mendapat idea umum mengenai kualiti udara, kesan terhadap kesihatan yang mungkin berkaitan dengannya dan langkah berjaga-jaga yang anda perlukan.
Selain itu, maklumat berkenaan memudahkan anda untuk menyampaikan kualiti udara kepada orang awam dan membantu mereka menyesuaikan aktiviti hari dengan keadaan cuaca semasa.

Pencemaran utama di dalam jerebu yang mempunyai kesan kesihatan yang paling besar ialah zarah-zarah yang kurang daripada 2.5 mikrometer. Kesannya bergantung kepada tahap jerebu dan berapa lama anda terdedah kepadanya.
Sentiasa kemas kini maklumat berkenaan kualiti udara di tempat anda sebagai langkah berjaga-jaga. Bagi memudahkan kemas kini, anda boleh terus ke laman portal Indeks Pencemaran Udara Malaysia.
Kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang yang menghidap penyakit kronik khususnya penyakit jantung dan pernafasan perlu kekal di dalam rumah apabila kualiti udara pada tahap tidak sihat.
Orang dewasa yang sihat perlu elakkan aktiviti luar yang tidak diperlukan. Jika anda perlu bersenam, elakkan bersenam di kawasan yang sangat sesak berhampiran jalan raya, terutamanya semasa waktu sibuk.
Minum lebih banyak air dan meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayuran segar kerana ia membantu tubuh menyingkirkan toksin yang diserap melalui kulit dan paru-paru dan memperbaiki sistem imun.
Pengambilan lebih banyak buah dan sayur anti-radang juga membantu mengurangkan keradangan yang disebabkan zarah halus udara yang berbahaya. Kurangkan pengambilan kopi dan alkohol kerana ia mengalakkan kehilangan cecair dan melarutresapkan nutrien dari tubuh.
Ini bertujuan untuk mengurangkan zarah halus memasuki rumah anda secara terus. Hidupkan penghawa dingin jika ada.
Hadkan atau elakkan merokok di kawasan tertutup dan kurangkan penggunakan dapur gas, lilin apa-apa sahaja yang membakar dan mengeluarkan asap. Di kawasan tertutup, asap, gas dan bahan pencemar mendorong kepada tahap berbahaya jika ia terus membakar untuk tempoh masa yang panjang.
Dalam keadaan jerebu, pakai topeng muka semasa berada di luar. Ia melindungi dan menyekat udara tercemar daripada memasuki hidung dan mulut. Ia juga menapis dengan betul bagi mengeluarkan zarah halus yang terdapat dalam jerebu.
Walaupun pencemaran udara sukar dielakkan sepenuhnya, kita masih boleh memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar dan kesihatan diri.
Kita juga disarankan untuk sentiasa peka dan mengikuti nasihat daripada pihak berkuasa, terutamanya apabila bacaan IPU menunjukkan tahap yang tidak sihat.
BACA: Empat Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini
BACA: JAS Keluarkan Laporan Status Kualiti Udara, Jerebu Dalam Negara
BACA: Gempa 7.4 Magnitud Landa Rusia, Cetuskan Amaran Tsunami
Sumber:
Hello Doktor