Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

6 Kejadian Jerebu Dengan Rekod IPU Tertinggi Di Malaysia
Langit yang biru bertukar kelabu. Awan cerah hilang, digantikan dengan asap tebal yang menyesakkan nafas dan mengaburkan pandangan.
Inilah realiti yang pernah dihadapi rakyat Malaysia apabila negara mencatatkan rekod jerebu paling teruk dalam sejarah.
Fenomena ini bukan sekadar isu alam sekitar biasa, sebaliknya membawa kesan besar kepada kesihatan, ekonomi dan rutin harian jutaan penduduk.
Oleh itu, SK hari ini akan membawa anda mengimbas kembali detik kelam tersebut, yang diharapkan dapat menjadi pengajaran buat kita semua.
Pada 19 September 1997, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah mengisytiharkan darurat jerebu di Sarawak.
Tindakan tersebut dibuat selepas bacaan IPU di Sarawak melepasi angka 650, iaitu paras “berbahaya” tertinggi yang pernah direkodkan dalam sejarah negara.
Situasi kritikal ini juga memaksa kerajaan mengisytiharkan darurat alam sekitar, serta menutup sekolah, pejabat negeri dan menghentikan semua aktiviti awam di seluruh negeri yang terjejas.
Ini menjadikan perisytiharan tersebut sebagai darurat jerebu alam sekitar pertama dalam sejarah Malaysia.
Pada Ogos 2005, negara dilanda fenomena jerebu yang teruk akibat kebakaran hutan besar-besaran di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.
Keadaan ini memberi kesan serius terutamanya di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia, dengan Lembah Klang antara yang paling terjejas.
Akibat tahap pencemaran yang semakin membimbangkan, dua kawasan iaitu Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang telah diisytiharkan darurat.
Ini kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kedua-dua kawasan tersebut melebihi paras 500, iaitu tahap kecemasan.
Satu episod jerebu jangka pendek telah melanda bahagian selatan Semenanjung Malaysia, khususnya di Muar, Johor dari 19 hingga 23 Oktober 2010.
Keadaan ini berlaku akibat pencemaran jerebu rentas sempadan yang menyebabkan kualiti udara mencapai tahap tidak sihat hingga berbahaya.
Muar merupakan kawasan yang paling teruk terjejas dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi direkodkan pada paras 432, iaitu pada tahap berbahaya.
Ekoran kemerosotan kualiti udara yang serius, semua sekolah di Daerah Muar iaitu sebanyak 170 buah sekolah telah diarahkan tutup pada 21 Oktober 2010.
Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Perdana Menteri ketika itu mengisytiharkan darurat bencana jerebu bagi seluruh daerah Muar dan Ledang di Johor.
Pengisytiharan itu dibuat berikutan keadaan jerebu di kawasan Muar yang meliputi dua daerah terbabit.
Ketika itu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500, iaitu pada tahap kecemasan atau ’emergency’.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) ketika itu melaporkan bacaan IPU di Muar setakat 7 pagi ialah 746. Walaupun bacaan pada 11 pagi menunjukkan sedikit penurunan kepada 690, ia masih berada pada tahap bahaya.
Sepanjang musim kering antara Februari hingga Mac 2014, Semenanjung Malaysia mengalami episod jerebu sederhana di mana kualiti udara merosot ke tahap tidak sihat dan berbahaya.
Kawasan dan negeri yang terjejas termasuk Lembah Klang, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
Punca utama jerebu ini adalah kebakaran hutan dan tanah gambut yang berlaku di beberapa negeri seperti Selangor, Perak, Pahang, Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Keadaan jerebu menjadi semakin buruk pada 14 Mac 2014 apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di dua kawasan iaitu Pelabuhan Klang dan Banting, Selangor mencatatkan paras berbahaya (melebihi 300).
Situasi ini menyebabkan sebanyak 203 buah sekolah di daerah Klang dan Kuala Langat, Selangor ditutup apabila IPU melepasi tahap sangat tidak sihat iaitu melebihi 200.
Pada tahun yang sama, semasa Monsun Barat Daya (Jun hingga Oktober 2014), negara turut mengalami pencemaran jerebu rentas sempadan.
Dari 22 Jun hingga 24 Julai 2014, kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia mengalami kualiti udara tidak sihat. Bacaan IPU tertinggi direkodkan di Seri Manjung, Perak pada 22 Julai 2014, iaitu 260 (sangat tidak sihat).
Seterusnya, dari 25 Julai hingga 17 September 2014, beberapa kawasan di Sarawak turut terjejas dengan kualiti udara tidak sihat. Bacaan IPU tertinggi dicatatkan di Sibu pada 26 Julai 2014 iaitu 270 (sangat tidak sihat).
Akhirnya, dari 17 September hingga 12 Oktober 2014, kawasan pantai barat dan utara Semenanjung Malaysia terus mengalami kualiti udara tidak sihat. Bacaan IPU tertinggi iaitu 129 telah direkodkan di Nilai, Negeri Sembilan pada 10 Oktober 2014.
Semasa Monsun Barat Daya, Malaysia mengalami kemerosotan kualiti udara dari Ogos hingga September 2015 akibat kebakaran hutan dan tanah yang besar di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.
Pada 15 September 2015, sebanyak 34 kawasan di seluruh negara mencatatkan status kualiti udara tidak sihat, buat pertama kali dalam sejarah Malaysia sejak tahun 1997.
Ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah paras 200, langkah segera telah diambil oleh pihak berkuasa.
Semua sekolah di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka diarahkan tutup pada 15 September 2015.
Sementara itu, semua sekolah di Bahagian Kuching dan Samarahan, Sarawak turut ditutup pada 18 September 2015.
Bacaan IPU tertinggi direkodkan di Banting, Selangor pada 14 September 2015 dengan nilai 211, iaitu pada tahap sangat tidak sihat.
BACA: Ketahui Sebab Banyak Stesen Minyak Dekat Antara Satu Sama Lain
BACA: Tip: 6 Tabiat Korang Patut Tinggalkan Supaya Bateri Telefon Tahan Lama
BACA: Terlalu Ramai Percaya AI, CEO OpenAI Dedah Perkara Mengejutkan Tentang ChatGPT
Sumber: BERNAMA, JAS