Terkini

Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
sebab ais petak
Gambar: AI/ImageFX

Ketahui Sebab Sebenar Ais Selalu Berbentuk Petak

Hannah

Ketahui Sebab Sebenar Ais Selalu Berbentuk Petak

Pernahkah anda tertanya-tanya, mengapa kebanyakan ais yang kita guna di rumah berbentuk petak? Jawapannya bukan sekadar “sebab dah biasa begitu”.

Tetapi siapa sangka, ia sebenarnya melibatkan sejarah, kecekapan penghasilan serta faktor fizik dan kejuruteraan peti sejuk.

Sebelum penciptaan peti sejuk moden, ais diperoleh secara semula jadi, iaitu dipotong dari blok ais besar yang diambil dari permukaan tasik beku.

Proses ini dilakukan sejak awal abad ke-19 dan memerlukan ketekunan seperti kerja pertukangan kayu.

Ais pada masa itu bukan mudah didapati dan hanya segelintir sahaja yang mampu menyimpannya.

Perubahan besar berlaku pada awal 1900-an apabila dulang ais mula diperkenalkan.

Pada 1933, Guy L. Tinkham telah memperkenalkan reka bentuk dulang kiub ais yang kita kenal hari ini, diperbuat daripada logam fleksibel dengan 14 ruang petak.

Beliau menjualnya pada harga 50 sen, dan sejak itu bentuk petak menjadi pilihan utama dalam penghasilan ais.

Mengapa bentuk petak menjadi pilihan?

Menurut ahli sains makanan, Dr. Bryan Quoc Le dan pakar ais Camper English, terdapat tiga sebab utama mengapa bentuk petak atau segi empat tepat dipilih sebagai bentuk asas kiub ais:

1. Mudah dihasilkan & disimpan

Bentuk segi empat tepat mudah dihasilkan dalam dulang berbentuk grid. Ia tidak memerlukan reka bentuk kompleks, tidak membazir ruang dan mudah diisi air.

Apabila plastik dan logam digunakan dalam pembuatan dulang moden, bentuk petak terbukti paling efisien dan praktikal.

2. Mudah disusun

Ciri ‘stackable’ atau boleh disusun menjadikan ais berbentuk petak sangat efisien dari segi penyimpanan.

Ia membolehkan pengeluar atau pengguna menyusun kiub ais dengan ruang minimum di antara satu sama lain, sama ada dalam mesin air, peti sejuk restoran atau dalam peti penyejuk.

3. Gabungan ideal sejuk & ketahanan cair

Kiub ais berbentuk petak memberikan keseimbangan sempurna antara keluasan permukaan dan isipadu.

Ia cukup besar untuk menyejukkan minuman dengan cepat, tetapi tidak terlalu kecil hingga cepat cair.

Ia juga sangat sesuai untuk digunakan dalam shaker koktel, cukup kuat untuk dipecahkan dan mencair dengan perlahan.

Bonus: Serbaguna & kreatif

Walaupun bukan alasan teknikal, dulang ais berbentuk petak juga memberi ruang kepada kreativiti.

Ramai orang kini menggunakan dulang ais untuk membekukan bahan tambahan seperti beri, hirisan timun, kelopak bunga atau bahkan kopi dan jus.

Ini memberi sentuhan menarik kepada minuman tanpa memerlukan bentuk ais yang rumit.

Namun begitu, pada zaman sekarang, ais bukan lagi dihasilkan dalam satu bentuk sahaja. Pelbagai bentuk ais telah direka khusus untuk memenuhi keperluan dan kegunaan yang berbeza-beza.

BACA: Ketahui Sebab Banyak Stesen Minyak Dekat Antara Satu Sama Lain

BACA: Terlalu Ramai Percaya AI, CEO OpenAI Dedah Perkara Mengejutkan Tentang ChatGPT

BACA: Elak Ucap “Tolong” & “Terima Kasih” Kepada ChatGPT, Ini Sebabnya

Sumber: Reader’s Digest