Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cristiano Ronaldo Akhirnya Lamar Georgina Rodriguez

Hannah
Ronaldo Lamar Georgina
Gambar: Georgina Rodríguez/IG

Cristiano Ronaldo Akhirnya Lamar Georgina Rodriguez

Georgina Rodriguez akhirnya mengesahkan bahawa dirinya telah dilamar oleh bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo, menerusi satu hantaran di media sosial.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Rodriguez berkongsi sekeping gambar memperlihatkan cincin besar di jari manisnya.

“Yes I do. In this and in all my lives,” katanya.

Pasangan ini telah bersama hampir sedekad selepas jatuh cinta pada pertemuan pertama.

Mereka kemudiannya dikurniakan dua orang anak, selain Rodriguez turut menjadi ibu tiri kepada tiga anak Ronaldo yang lain.

Spekulasi mengenai bila mereka akan mendirikan rumah tangga sering menjadi tanda tanya peminat.

Sebelum ini, wanita kelahiran Argentina itu pernah berkongsi gambar cincin di media sosial, namun tiada pengesahan rasmi tentang lamaran.

Ronaldo sendiri pernah mengakui sebelum ini bahawa beliau belum melamar Rodriguez kerana merasakan masa ketika itu belum sesuai.

Namun kini persoalan itu terjawab apabila pemain berusia 40 tahun tersebut akhirnya melamar kekasihnya.

BACA: Ronaldo Tandatangan Kontrak Baharu, Termahal Dalam Sejarah

BACA: Ronaldo Kekal Dominasi Atlet Terkaya Dunia 2025

BACA: Ronaldo Dipercayai Hantar Jersi Dengan ‘Mesej’ Kepada Trump

Sumber: Mirror