Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ronaldo Dipercayai Hantar Jersi Dengan ‘Mesej’ Kepada Trump

Hannah
Kredit: @TouchlineX/X

Ronaldo Dipercayai Hantar Jersi Dengan ‘Mesej’ Kepada Trump

Bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo, dikhabarkan menyampaikan mesej jelas kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump agar memainkan peranan yang lebih adil dan telus dalam usaha mencari keamanan di peringkat global.

Menerusi satu rakaman video yang kini tular di media sosial, bekas penyerang Manchester United itu dilihat menghantar jersi Portugal miliknya yang telah ditandatangani, bersama satu mesej khas kepada pemimpin negara kuasa besar itu.

“Presiden Trump, bermainlah demi perdamaian,” demikian tulisan yang tertera pada jersi berkenaan.

Kredit: @TouchlineX/X
Kredit: @TouchlineX/X

Tindakan Ronaldo itu dibuat pada waktu konflik antara Israel dan Iran semakin memuncak di Tebing Barat, dengan kedua-dua pihak saling melancarkan serangan.

Ronaldo yang kini beraksi bersama kelab Al-Nassr dalam Liga Pro Saudi semakin dikenali dalam kalangan masyarakat Arab, selain turut dikenali kerana sokongannya terhadap perjuangan Palestin.

Mesej yang dihantar kepada Trump ini dilihat sebagai usaha terbaik Ronaldo dalam menyatakan pendiriannya menyokong negara-negara Islam, serta menyeru AS agar bersikap lebih adil dalam menangani konflik dunia, lapor Stadium Astro.

BACA: Trump Gesa Hampir 10 Juta Penduduk Tinggalkan Tehran Segera

BACA: Harga Minyak Dunia Melonjak Lagi Susulan Kenyataan Trump

BACA: Trump Beri Amaran “Musibah” Berlaku Jika Iran Serang AS

Sumber: Stadium Astro