Hampir 14 Jam Lari Satu Penang, Lain Macam Cara Abang Ni Sambut Birthday
Biasanya, bila tiba hari lahir, ramai antara kita akan sambut dengan cara masing-masing. Ada yang pilih untuk makan kek bersama keluarga, ada juga yang adakan makan-makan kecil bersama kawan-kawan.
Namun, lain pula kisah seorang lelaki ini yang mencuri perhatian ramai apabila memilih cara ‘lain daripada yang lain’ untuk meraikan hari istimewanya.
Bukannya duduk potong kek atau tiup lilin. Sebaliknya, lelaki ini membuat keputusan untuk meraikan hari lahirnya dengan berlari mengelilingi seluruh Pulau Pinang.
Menurut perkongsian yang tular di media sosial, titik permulaan dan pengakhiran larian tersebut adalah di kawasan Seagate.
“Terima kasih bang bawa saya jalan-jalan Penang.” – Netizen
Dalam video berdurasi 3 minit 10 saat yang dikongsikannya, lelaki itu membawa penonton seakan-akan “tour guide”. Dia juga menunjukkan perjalanan lariannya yang merentasi pelbagai kawasan sekitar pulau tersebut.
Lebih mengejutkan, jarak yang ditempuh bukannya dekat. Lelaki ini berjaya menamatkan larian sejauh 81.3 kilometer dengan catatan masa 13 jam 50 minit.
Gambar: TikTok @terkejut_Video itu pantas menarik perhatian warganet yang rata-ratanya teruja melihat perkongsian itu.
Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan mereka berjalan di bendang pun sudah semput, apatah lagi berlari hampir 14 jam tanpa henti.
“Padu la bang, birthday ni pun saya join lari 5km untuk celebrate birthday.”
“Bang, biasa orang lari pusing Penang ni time relay Penang ja. Tu pun 12 orang lari. Ni lari sorang-sorang memang padu la.”
“Macam mana lari tak mengah. Aku jalan bendang kat area rumah dato helmi tu pun separuh nyawa dah.”
Tidak ketinggalan, ramai juga yang menitipkan ucapan ulang tahun dan mendoakan kesejahteraan lelaki ini.
“Happy birthday bang. Tapi biasa birthday orang makan kek bang, bukan lari 80km.”
“Happy birthday. Semoga terus sihat dan terus menjadi inspirasi untuk kak yang selalu rasa nak lari tapi tak pernah nak jadi.”
“Alhamdulillah syukur, Allah berikan rezeki dan kesihatan, salute satu kali bang. Selamat hari lahir, semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan semoga Allah permudah segala urusan dunia dan akhirat. Aamiin.”
BACA: Tular Video Bersama Anak-anak Di Pusara Isteri, Pilu Hati Baca Coretan Suami Ni
BACA: Kisah Nahas Ketika Jem Jadi Tular, Sikap Pemilik X50 Buat Ramai “Salute”
BACA: Lelaki Non-Muslim Tinggal Pesan Lepas Lihat Ayat Al-Quran Pada Van Jenazah
Sumber: TikTok @terkejut_