Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

JPN Kongsi 6 Cara Jaga MyKad Supaya Tak Cepat Rosak

Hannah
cara jaga mykad
Gambar: BERNAMA

JPN Kongsi 6 Cara Jaga MyKad Supaya Tak Cepat Rosak

Kalau sebut pasal kad penting dalam hidup rakyat Malaysia, sudah tentu MyKad (atau kad pengenalan/IC) berada dalam senarai teratas.

Sama pentingnya dengan kad bank, lesen memandu atau kad ATM, MyKad boleh dianggap sebagai ‘kad sakti’ kita.

Kenapa ia istimewa? Sebab kad kecil inilah yang jadi bukti rasmi kita sebagai warganegara Malaysia. Malah, pelbagai urusan penting kita perlukan MyKad.

Jadi, tak peliklah kalau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selalu mengingatkan orang ramai supaya menjaga MyKad sebaik mungkin.

“Elak rosak, elak caj.” – JPN

JPN baru-baru ini berkongsi beberapa tip mudah supaya MyKad kita tahan lama dan tak cepat rosak. Antaranya:

1. Simpan dalam bekas kad

2. Jangan bengkok atau lipat

3. Elak air dan haba tinggi

4. Jangan letak dekat dengan magnet

5. Elak geseran kasar

6. Elak masukkan ke mesin yang tak dikenali

Pendek kata, jangan anggap MyKad sama macam kad biasa. Ia ada cip elektronik yang mudah rosak kalau kita cuai.

Bila perlu tukar MyKad?

Selain faktor hilang, ramai tak sedar bahawa kad lama atau cip bermasalah juga perlu diganti segera. Antara tanda MyKad anda perlu ditukar ialah:

1. Kad gagal dibaca – Tak boleh scan di mesin atau self service kiosk

2. Kad atau agensi kerajaan tolak ansuran – Sistem tak dapat kesan data kad

3. Perlu dicuba banyak kali untuk lepas – Tanda cip mula bermasalah

4. Kad rosak fizikal (Calar, retak, bengkok) – Boleh jejaskan cip

5. Kad terlalu lama (Lebih 10 tahun) – Risiko cip haus atau terpadam

Kalau salah satu tanda ini berlaku, jangan tunggu lama. Tukar terus supaya urusan harian lebih lancar.

Penting untuk rakyat Malaysia

Umum diketahui, bermula 30 September 2025, kerajaan melaksanakan inisiatif BUDI95 sepenuhnya.

Melalui skim ini, rakyat Malaysia yang layak boleh menikmati harga istimewa petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter, dengan kuota maksimum 300 liter sebulan.

Semakan boleh dibuat di budi95.gov.my atau dengan menunjukkan MyKad di stesen minyak terpilih.

Ini bermakna, kalau MyKad anda rosak atau tak boleh dibaca, anda mungkin terlepas peluang untuk nikmati subsidi bahan api ini.

Berita baik

Berita gembira buat rakyat Malaysia. Sempena pelaksanaan BUDI95, JPN menawarkan gantian MyKad cip rosak secara PERCUMA bermula 23 September lalu hingga 7 Oktober 2025.

Ambil peluang ini untuk dapatkan MyKad baharu tanpa sebarang bayaran supaya urusan di stesen minyak, bank atau mana-mana urusan yang perlukan pengesahan MyKad berjalan lancar.

cara jaga mykad
Kredit: JPN

Ramai orang anggap MyKad sekadar kad identiti, tapi sebenarnya ia adalah kunci kepada pelbagai kemudahan di Malaysia.

Daripada isi minyak murah, mohon bantuan kerajaan, hinggalah pengesahan di hospital dan bank, semuanya bergantung pada kad kecil ini.

Jadi, jagalah MyKad baik-baik. Jangan cuai hingga menyusahkan diri sendiri. Ambil peluang untuk tukar percuma kalau ada masalah cip sebelum tarikh tamat.

BACA: “Career Ladder” Tapi Versi Malaysia, Ramai Gagal Teka Abang Ni Kerja Apa

BACA: Banyak Akal Budak Sekarang, Terus WS “Waibee” Nak Minta Tiang Gol

BACA: Kisah Nahas Ketika Jem Jadi Tular, Sikap Pemilik X50 Buat Ramai “Salute”

Sumber: JPJ