Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

27 Aktivis GSF Warga Greece Berlepas Pulang Ke Tanah Air

Athirah
27 Aktivis GSF Warga Greece
Kredit: AFP

27 Aktivis GSF Warga Greece Berlepas Pulang Ke Tanah Air

Kira-kira 27 warganegara Greece yang ditahan di Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan akan pulang ke tanah air hari ini, lapor AFP.

Kenyataan Kementerian Luar Greece memaklumkan, delegasi kedutaan negara itu telah melawat kesemua 27 aktivis yang terlibat dalam misi berkenaan di penjara.

“Kesemuanya disahkan berada dalam keadaan sihat dan menerima sokongan yang diperlukan,” ujar kementerian itu.

Menerusi kenyataan lagi, pesawat khas yang membawa mereka akan berlepas dari Lapangan Terbang Ramon ke Athens, pada Isnin.

Misi GSF yang disertai lebih 500 aktivis dari 44 negara, termasuk Malaysia belayar menuju Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel dengan membawa bekalan penting untuk penduduk Palestin yang terjejas akibat serangan berterusan.

Tentera laut Israel dilapor menyekat flotila itu pada hari Rabu lalu, dengan seorang pegawai Israel mengesahkan bahawa lebih 400 penumpang dihalang daripada sampai ke wilayah Palestin.

BACA: FFC: Kapal Conscience Kini Memasuki Zon Kuning – Dr. Mohd Afandi Salleh
BACA: Tradisi Pertunangan Mewah Masyarakat Muslim Di China Jadi Bualan Ramai

Sumber: AFP