Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

i-Saraan KWSP 2026: Pendaftaran, Semakan, Kelayakan & Kelebihan

Iqbal Yasir
Gambar: Bernama

i-Saraan KWSP 2026: Pendaftaran, Semakan, Kelayakan & Kelebihan

Pernah dengar tentang i-Saraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)?

Ia adalah skim caruman sukarela yang diperkenalkan oleh kerajaan dan KWSP untuk membantu mereka yang bekerja secara sendiri, tak ada pendapatan tetap, atau suri rumah menabung untuk hari tua menerusi insentif menarik ini daripada kerajaan.

Dalam belanjawan 2026, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan lanjutan pelaksanaan program i-Saraan bagi tahun hadapan.

Dalam pengumuman itu juga, Kerajaan memperkenalkan insentif baharu i-Saraan Plus, khusus unuk pemandu e-hailing dan p-hailing.

Jadi, SK akan berkongsikan perkara yang terdapat dalam insentif ini di bawah.

Apa Itu i-Saraan?

i-Saraan adalah satu inisiatif mencarum di bawah caruman sukarela yang diperkenalkan oleh KWSP.

Ia memberi peluang kepada ahli yang bekerja sendiri serta pekerja sektor ekonomi gig tanpa pendapatan tetap menerima insentif khas daripada Kerajaan bagi tujuan persaraan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Penambahbaikan i-Saraan 2026 (KWSP)

Dalam belanjawan 2026, Anwar berkata program tersebut akan terus menawarkan padanan padanan sebanyak 20 peratus dengan had maksimum RM500 setahun dan RM5,000 sepanjang hanyat.

i-Saraan Plus 2026 (KWSP)

Sementara itu, kerajaan turut memperkenal inisiatif baharu, i-Saraan Plus. Inisiatif baharu ini memberi fokus khusus untuk pemandu e-hailing dan p-hailing dengan pemberian kadar insentif padanan tahunan ditingkatkan kepada RM600 setahun dan RM6,000 sepanjang hayat.

Gambar: KWSP

i-Suri 2026 (KWSP)

Bagi inisiatif i-Suri, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan insentif ini sehingga tahun depan, dengan umur kelayakan dinaikkan ke 60 tahun.

Di bawah insentif ini, ia menawarkan padanan 50 peratus, maksimum RM300 setahun dan RM3,000 sepanjang hayat.

https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/

Pendaftaran i-Saraan

Pendaftaran boleh dibuat melalui tiga cara iaitu

  • KWSP i-Akaun (Pendaftaran i-Saraan melalui aplikasi KWSP i-Akaun)

  • Self Service Terminal (SST)​ – Pendaftaran i-Saraan di mana‑mana SST dan sediakan MyKad

  • Pejabat KWSP (Isi borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan/i-Suri – KWSP 16G (M) dan sediakan Mykad

Kelayakan Memohon

Berikut antara golongan yang layak memohon insentif ini;

  • Warganegara Malaysia

  • Ahli KWSP

  • Bekerja sendiri (Individu yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja)

  • Berumur 60 tahun ke bawah

Faedah/Kelebihan i-Saraan

  • Insentif Khas (Menerima insentif khas sebanyak 20 peratus (sehingga maksimum RM500) daripada jumlah caruman sukarela dalam tahun semasa)

  • Bantuan Kematian (Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP​)

  • Dividen Tahunan (Menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan)

  • Pelepasan Cukai (Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN)

Sumber: KWSP (1), (2), Teks Belanjawan 2026

BACA: STR & SARA 2026: Bayaran Kategori Bujang, Isi Rumah, Warga Emas