Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hilang Sejak 11 Oktober, Polis Mohon Bantuan Kesan Qhalesya Medina
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berbangsa Melayu yang dilapor hilang sejak 11 Oktober lalu.
Menurut hantaran Polis Daerah Petaling Jaya di Facebook, Qhalesya Medina Roselaine yang berusia 14 tahun dilihat kali terakhir berada di Tiara Apartment, Jalan Damar SD15/6, Bandar Sri Damansara kira-kira jam 5 petang.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan itu pada 14 Oktober sekitar jam 4.50 petang.
“Qhalesya Medina berbangsa Melayu, berkulit sawo matang, tinggi lebih kurang 148 sentimeter, berat 48 kilogram, memiliki hidung mancung dan bibir nipis,” ujar beliau.
Menurut hantaran lagi, remaja tersebut turut difahamkan bertudung semasa kali terakhir dilihat.
Susulan itu, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kehilangan remaja berkenaan untuk melaporkan ke balai polis berdekatan.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Izahita Itam di talian 010-251 3690 bagi membantu siasatan.

