Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Diramal Badai Lapan Negeri Hingga Awal Pagi Ini

Athirah
Kredit: Image FX

Hujan Lebat Diramal Badai Lapan Negeri Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri hingga jam 1 pagi ini.

Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di negeri Pulau Pinang dan Perak.

METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk melanda daerah Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

Manakala di Kelantan, amaran yang sama dikeluarkan bagi kawasan Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.

Selain itu, hujan lebat dan petir turut diramal berlaku di Pahang yang melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

METMalaysia ramal hujan lebat, ribut petir badai lapan negeri

Amaran yang sama dikeluarkan untuk daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor di Selangor.

Di Sabah, kawasan terlibat adalah Pedalaman (Nabawan dan Keningau) dan Sandakan (Tongod).

Sementara itu, kawasan Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang (Limbang) di Sarawak antara kawasan yang terlibat dalam amaran hujan lebat dan petir.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.

METMalaysia turut memaklumkan amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

BACA: Lima Hari Tak Jumpa, Reaksi Anak Lepas Nampak Ayah Di Tepi Jalan Buat Ramai Sebak
BACA: Tak Sangka, Mat Saleh Dedah Sebab Malaysia Jadi Tempat Terbaik Belajar Bahasa Inggeris

Sumber: Malaysian Meteorological Department via Facebook