Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Gelagat Ayah Buat Ramai Cemburu, Sayu Hati Baca Komen Netizen
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Itulah pepatah yang sering kita dengar, dan ternyata ada benarnya.
Walau anak sudah dewasa, sudah bekerja, malah sudah berkeluarga, di mata seorang ayah dan ibu, anak-anak tetap anak kecil mereka yang perlu dijaga, didoakan dan dilindungi.
Begitulah yang tergambar dalam satu perkongsian menyentuh hati oleh seorang wanita di Threads.
Menurut wanita itu, setiap kali dia berpindah rumah, ayah dan ibunya akan datang melawat. Tapi yang istimewanya, ayahnya akan ‘menyibukkan diri’ selama dua hingga tiga hari di rumah baharunya.
“Tiap kali pindah rumah, bila umi dengan ayah datang rumah. Ayah akan spend dalam 2 ke 3 hari bacakan surah Al-Baqarah dari awal sampai habis.
“Dia akan lepak dekat semua sudut, bilik, baca Al-Baqarah. Ayah cakap surah Al-Baqarah ni untuk ‘pagar’ rumah dari benda-benda yang tak elok,” katanya.
Katanya, sejak kecil dia sudah biasa mendengar ayahnya mengulang hafazan al-Quran dengan suara kuat.
“Ayah kalau tengah menghafal ayat, dia akan baca kuat-kuat. Dari kecil macam tulah kami dok dengar dia ulang-ulang hafazan, sampai kami pun hafal,” tambahnya lagi.
Perkongsian tersebut ternyata menyentuh hati ramai netizen, terutama mereka yang sudah kehilangan insan bergelar ayah.
Ruangan komen dipenuhi coretan rindu, kenangan dan doa untuk insan yang pernah menjadi pelindung mereka suatu ketika dahulu.
“Satu yang I rindu lepas kahwin and pindah ke rumah sendiri. I missed hearing my dad’s daily reciting.”
“Rindunya nak dengar arwah abah ngaji lepas subuh. Dah 14 tahun berlalu…”
“Rezekinya merasa ada ayah dari kecil sampai besar. Allah pinjamkan ayah dekat saya cuma 6 tahun je. Now saya dah 35 tahun. Bila nampak posting ni, I’m happy for you sister. Tapi ada juga selit rasa jealous sikit-sikit.”
“Bertuahnya you, my dad dah meninggal tapi masa I beli kereta dulu pun my dad baca-baca ayat untuk pagar kereta baru I to keep me safe, tawakal katanya. Sedih I dah beli rumah but my dad dah takda. Tengok your video somehow heals my inner peace. Thank you sharing, semoga Allah jaga your dad, panjang umur dan dipermudahkan hafazannya.”
“Rakam suara ayah baca quran banyak banyak tau. Ni kesilapan saya… Tak simpan banyak video arwah ayah saya ngaji . Bila rindu dengar bacaan dia, tak ada sangat.”
Dalam dunia sekarang, ramai antara kita terlalu fokus mengejar masa, kerjaya dan impian, hingga kadang-kadang terlupa untuk menghargai perkara paling berharga. Kasih dan doa daripada ibu bapa.
Hakikatnya, kasih mak ayah adalah cinta paling tulus di dunia. Mereka tidak pernah mengharapkan balasan, cuma mahu melihat anak-anak mereka hidup tenang, selamat dan bahagia.
Mungkin selepas membaca kisah ini, eloklah kita berhenti sejenak. Renungkan sejenak wajah mak ayah yang sabar mendidik, yang setiap hari mendoakan tanpa henti.
Selagi mereka masih ada, peluklah, telefonlah dan luangkan masa bersama mereka. Kerana satu hari nanti, suara yang hari ini ‘biasa’ kita dengar, hanya akan tinggal sebagai kenangan yang paling dirindui.
BACA: Orang KL Pindah Sabah, Share Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu
BACA: Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin, Tiba-tiba Parcel Sampai
BACA: Nak Tarik Pokok Halang Jalan, Tiba-tiba Abang Ni ‘Lesap’ Sekali Dengan Pokok
Sumber: @khadijah_rashid/Threads