Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lencongan, Penyuraian Trafik Bagi Raptai Sidang Kemuncak ASEAN Bermula 8 Pagi Esok – PDRM

Athirah
Kredit: Bernama

Lencongan, Penyuraian Trafik Bagi Raptai Sidang Kemuncak ASEAN Bermula 8 Pagi Esok – PDRM

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan lencongan dan penyuraian trafik secara berperingkat bermula 8 pagi sehingga 7.45 malam esok sempena raptai Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata raptai yang akan diteruskan sehingga Jumaat ini adalah langkah penting bagi memastikan pergerakan delegasi sebenar kelak berjalan lancar dan tersusun.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada menggunakan laluan terlibat semasa raptai, mengikut panduan petugas trafik dan papan tanda sementara serta menggunakan pengangkutan awam,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Penutupan jalan hanya akan dilakukan selama dua kali iaitu selama 45 minit pada 8 hingga 8.45 pagi dan 7 hingga 7.45 malam, bagi memastikan semua laluan, penugasan serta pengiringan delegasi antarabangsa dapat dilakukan dengan sempurna,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata jumlah 1,111 pegawai dan anggota trafik yang ditugaskan untuk kawalan lalu lintas, pengiringan delegasi kenamaan serta penguatkuasaan undang-undang untuk memastikan kelancaran lalu lintas semasa sidang kemuncak adalah mencukupi.

BACA: Isteri Saman Suami Gara-gara Nama Dalam “Contact” Dianggap Menghina
BACA: “Saya Sangka Inilah Penerbangan Terakhir” Lelaki Kongsi Detik Pesawat Terasa Menjunam
BACA: “Rare” Betul, Idea Pengantin Ni Buat Tetamu Terkejut Tengok Isi Goodies Bag
BACA: Pendaki Cedera Parah Disambar Petir Ketika Hujan Lebat
BACA: Individu Kongsi Keadaan Angin Kencang & Ombak Kuat Di Port Dickson

Sumber: Bernama