Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Peserta Larian Dapat “Goodies” 40Kg, Memang Tergamam Tengok Isinya
Sekarang ni, aktiviti larian bukan lagi semata-mata untuk sihat, tapi sudah jadi gaya hidup dan macam ikut trend pula.
Di Malaysia contohnya, ada pelbagai jenis fun run yang kreatif. Ada yang berlari sambil berhenti di checkpoint untuk makan-makan, ada juga yang siap berlari dalam kostum unik.
Senang cerita, larian sekarang sudah jadi satu bentuk hiburan. Barulah orang ramai makin semangat nak keluar beriadah, kan?
Tapi, lain pula kisahnya di Indonesia. Program larian yang tular baru-baru ini membuatkan ramai ‘ternganya’, termasuk rakyat Malaysia sendiri.
Bukan sebab jaraknya, tapi sebab “goodies” yang peserta dapat bawa balik selepas program, beratnya sampai 40 kilogram.
Rakaman video yang dikongsikan di media sosial menunjukkan suasana luar biasa meriah di acara AlfamartRun 2025.
Difahamkan, ia adalah program larian beramai-ramai anjuran Alfamart, rangkaian kedai serbaneka terbesar di Indonesia.
Kalau di Malaysia, Alfamart ni boleh dikatakan setanding dengan 7-Eleven atau KK Mart, cawangan mereka memang ada di setiap pelosok.
Tapi untuk edisi larian kali ni, mereka menghadiahkan peserta sesuatu yang luar biasa, dengan sebeg besar goodies seberat 40 kilogram.
Dalam video yang tular, kelihatan para peserta terkial-kial cuba mengangkat beg besar berwarna merah yang penuh dengan barangan. Ada yang sampai terpaksa heret beg tu sebab terlalu berat.
Persoalan paling banyak ditanya sudah tentunya, apa yang disumbat dalam beg 40 kilogram tu?
Dalam video lain yang dikongsi oleh peserta, isinya memang bukan main banyak. Setiap beg plastik di dalam beg besar itu penuh dengan barangan keperluan harian.
Bak kata seorang peserta, barang dalam tu boleh tahan tiga bulan stok di rumah.
Lebih mengejutkan, yuran penyertaan larian ini cuma sekitar 500 ribu Rupiah (lebih kurang RM150). Dengan nilai goodies yang ada, memang berbaloi sungguh.
Ruangan komen dipenuhi dengan reaksi positif, bukan saja daripada warga Indonesia, tapi juga rakyat Malaysia yang teruja dengan konsep program ini.
Ramai yang memuji idea penganjur kerana bukan saja menggalakkan gaya hidup sihat, tapi dalam masa sama berkongsi rezeki dengan peserta.
BACA: Gelagat Ayah Buat Ramai Cemburu, Sayu Hati Baca Komen Netizen
BACA: Orang KL Pindah Sabah, Share Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu
BACA: Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin, Tiba-tiba Parcel Sampai
Sumber: TikTok @jun.sn, TikTok @ojen27