Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Di Empat Negeri 

Iqbal Yasir
Gambar: Bernama

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Di Empat Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) ke atas empat negeri di Semenanjung hingga 25 Oktober, esok.

Menurut kenyataan tersebut, hujan lebat berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Keputusan Sesi Latihan Petang MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2025

BACA: Hujan Lebat Punca Tanah Runtuh Di Bukit Paya Terubong