Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lelaki Kongsi Proses Lukisan Mural, Ramai Terpegun Tengok Hasilnya
Tidak dinafikan, seni lukisan bukanlah hanya sekadar corak dan warna di atas kertas ataupun kanvas semata. Lukisan merupakan salah satu medium bagi seseorang itu meluahkan perasaan, emosi ataupun imaginasi.
Bukan itu sahaja, ramai juga yang memilih melukis sebagai salah satu hobi atau aktiviti yang boleh dilakukan pada waktu lapang.
Namun, apa salahnya kalau anda mencuba untuk menyerlahkan bakat anda sebagai satu kerjaya atau sumber pendapatan.
Baru-baru ini, tular di TikTok berkenaan satu video lukisan mural yang dihasilkan oleh @beelwork. Video yang dimuatnaik olehnya itu merupakan sebuah hasil mural besar di dinding salah sebuah bangunan di daerah Tangkak, Johor.
Menurutnya, lukisan mural ini dihasilkan sempena Tahun Melawat Johor 2026.
Proses penghasilan mural yang berkisahkan sejarah Puteri Gunung Ledang ini mengambil masa 15 hari untuk disiapkan.
Menerusi video tersebut, dia berkongsi proses menghasilkan mural itu dari membersihkan permukaan dinding, melakar, melukis dan mewarna sehingga selesai.
Mural yang bertajuk Al Kisah Jambatan Emas dari Melaka ke Gunung Ledang ini juga dihasilkan berdua sahaja iaitu dia dan seorang lagi pembantunya.
Dalam pada itu, wakil dari Majlis Daerah Tangkak juga hadir untuk melihat proses penghasilan mural itu.
Tambahnya lagi, banyak cabaran yang terpaksa dihadapi sepanjang proses ini seperti hujan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji kebolehan serta bakat yang ditonjolkan pelukis itu.
“Satu je perkataan aku nak cakap…hebat”
“Ya Allah otak kreatif anugerah dari Allah, bukan semua orang boleh buat”
“Saya ni nak lukis gambar kucing pun senget badan kucing dibuatnya. Ini kan lukisan sebesar alam, hebat sungguh bakat yang dianugerahkan kepada mereka yang terlibat”
Sumber: @beelwork