Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

MetMalaysia Keluar Nasihat Sistem Cuaca Tekanan Rendah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa satu sistem cuaca tekanan rendah berada di utara Selat Melaka pada kedudukan 4.7°U 99.3°T.
Ia dijangka bergerak ke arah barat laut menuju Laut Andaman dan berpotensi untuk meningkat ke tahap ribut tropika.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr.Mohd Hisham Mohd Anip berkata keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia.
“Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan serta Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak berkuat kuasa sehingga 26 November 2025.
“MET Malaysia akan memantau pergerakan sistem cuaca tersebut dan mengemaskini maklumat dari semasa ke semasa berdasarkan situasi terkini,” katanya dalam satu kenyataan.
Ujarnya lagi, orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat Monsun Timur Laut dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638.