Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Waspada, Hujan Lebat Diramal Landa 5 Negeri & 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima buah negeri dan satu Wilayah hingga jam 11 malam ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan.
Hujan lebat diramal berlaku melibatkan daerah Hilir Perak dan Muallim di Perak.
METMalaysia menjangkakan cuaca buruk melanda sekitar daerah di Selangor seperti Sabak Bernam dan Hulu Selangor.
Selain itu, amaran berkenaan turut melibatkan kawasan Tangkak, Muar dan Batu Pahat di Johor.
Beralih ke Sarawak, ia melibatkan daerah Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat di Sabah.
METMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.