Wanita Kongsi Pengalaman Seram Ketika Menginap Di Hotel Di Thailand
Seorang wanita warganegara Malaysia berkongsi pengalaman menyeramkan ketika dia menginap di sebuah hotel popular di Thailand, lapor portal The Thaiger.
Menerusi perkongsian di Facebook, wanita tersebut mendakwa mengalami pelbagai kejadian aneh sepanjang penginapan selama 10 hari di bilik hotel bernombor 301 itu.
Dia berkongsi lampu bilik mandi yang tidak henti berkelip, meskipun sudah dibaiki dan dia kerap terjaga daripada tidur antara pukul 3 hingga 4 pagi (waktu tempatan) dalam keadaan seolah-olah dikejutkan oleh ‘seseorang’.

Difahamkan, gangguan yang kerap itu membuatkan dia semakin tidak selesa.
Selain itu, wanita berkenaan memberitahu penghawa dingin di biliknya seakan-akan ‘terkunci’ pada suhu 25 darjah Celsius walaupun dia cuba mengubahnya.
Ia membuatkan bilik menjadi terlalu sejuk sehingga tidak selesa, memaksa wanita itu menukar kepada mod kipas sepanjang tempoh penginapan.
Wanita itu menemui sehelai kertas misteri
The Thaiger melaporkan beberapa hari selepas menginap di hotel berkenaan, dia menemukan sehelai kertas misteri di sebelah televisyen.
Ia merupakan kertas tangkal dari tokong yang tidak menunjukkan petunjuk jelas tentang nasib baik atau buruk.
Wanita itu menjelaskan tangkal itu tiada di situ sebelum ini.

Dalam satu lagi detik menyeramkan, wanita itu berkata, ketika memeriksa kawasan singki, dia mendapati tiada gulungan tisu di sebelahnya.
Namun, selepas keluar sebentar untuk mengambil tisu, dia melihat gulungan tisu tiba-tiba tergantung di tempat tersebut.
Wanita tersebut berkongsi cerita itu untuk mengingatkan pelancong lain supaya memilih berhati-hati apabila hotel penginapan.
Sumber: The Thaiger