Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Indonesia Akan Jadi Negara Keempat Terkaya Di Dunia – Prabowo

Indonesia Negara Terkaya Prabowo
Gambar: Kompas.com

Indonesia Akan Jadi Negara Keempat Terkaya Di Dunia – Prabowo

JAKARTA — Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto memaklumkan bahawa Indonesia berpotensi muncul sebagai negara keempat terkaya di dunia, lapor Kompas.com.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa terdapat syarat penting yang perlu dipenuhi bagi mencapai kedudukan tersebut

Perkara itu disampaikan Prabowo ketika menghadiri sambutan Krismas Kebangsaan 2025 di Tennis Indoor Senayan, Jakarta pada Isnin.

“Apa yang saya katakan tadi, pakar-pakar geopolitik menyebut bahawa Indonesia akan menjadi negara keempat terkaya di dunia.

“Tetapi ada syaratnya. Apa syaratnya? Syaratnya ialah rakyat Indonesia mesti bersatu, terutamanya apabila golongan elitnya mampu bekerjasama,” katanya.

Prabowo turut menjelaskan bahawa beliau sentiasa berusaha mengajak semua pihak untuk bersatu, meskipun wujud kesilapan dan perbezaan pada masa lalu.

“Saya semakin yakin, sebab itu saya sentiasa ingin mengajak semua pihak, walaupun kita berbeza tetapi setiap manusia pasti pernah melakukan kesilapan,” tambahnya lagi.

Sehubungan itu, Prabowo menggesa semua pihak agar bekerjasama secara padu.

Menurutnya, golongan yang kuat perlu membantu yang lemah, manakala golongan yang lemah pula harus bekerjasama sesama mereka.

“Kita boleh bersaing, tetapi apabila pertandingan selesai, kita mesti bersatu,” kata Prabowo.

Sumber: Kompas.com

BACA: Prabowo Terharu, Indonesia Antara Negara Paling Bahagia Di Dunia

BACA: Indonesia Diiktiraf Antara Negara Paling Selamat Di Dunia

BACA: Indonesia Larang Kibar Bendera One Piece Secara Sembarangan Menjelang Hari Merdeka